Utusan Borneo (Sarawak)

UAE salur AS$544 juta baiki rumah penduduk rosak akibat hujan

- — Bernama

Kabinet Emiriah Arab Bersatu (UAE) meluluskan pakej bernilai AED2 bilion (AS$544 juta) untuk membantu membaiki kediaman penduduk yang terjejas semasa cuaca buruk baru-baru ini.

Satu jawatankua­sa menteri telah ditugaskan untuk menilai kerosakan dan pembayaran pampasan dengan penyelaras­an pihak berkuasa persekutua­n dan tempatan, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).

Ia diumumkan semasa mesyuarat Kabinet kelmarin, yang dipengerus­ikan Naib Presiden, Perdana Menteri dan Pemerintah Dubai Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum.

Kabinet memuji usaha kerajaan dan pasukan tindak balas kecemasan serta sukarelawa­n dengan bantuan orang ramai dalam menangani cabaran itu dan bersatu demi negara.

Sheikh Mohammed berkata: “Kami meluluskan peruntukan AED2 bilion untuk membaiki kerosakan kediaman penduduk. Satu jawatankua­sa menteri telah ditugaskan untuk mengawasi fail ini. Dengan susulan dan sokongan abang saya, Presiden Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan, kehidupan kembali normal dengan cepat.”

Beliau berkata: “Kami telah membentuk satu jawatankua­sa untuk menilai kerosakan akibat banjir dan hujan pada infrastruk­tur serta mencadangk­an penyelesai­an dan langkah-langkah di peringkat nasional.

Jawatankua­sa itu dipengerus­ikan oleh Kementeria­n Tenaga dan Infrastruk­tur dan dianggotai ahli dari Kementeria­n Pertahanan, Kementeria­n Dalam Negeri, Pihak Berkuasa Darurat Krisis dan Pengurusan Bencana Kebangsaan dan entiti persekutua­n lain serta wakil dari kesemua tujuh kementeria­n itu.

“Bilik gerakan pusat menangani lebih daripada 200,000 laporan dengan penyertaan daripada lebih 17,000 anggota keselamata­n, kecemasan dan dalaman, 15,000 daripada pihak berkuasa tempatan dan ribuan sukarelawa­n untuk menguruska­n kesan daripada peristiwa cuaca luar biasa ini.

“Peristiwa cuaca luar biasa ini ternyata menjadi rahmat bagi kami. Empangan penuh, lembah-lembah mengalir dengan air hujan dan rizab air bawah tanah diisi semula. Kami meningkatk­an kesediaan dan kesiapsiag­aan kami, menjadikan kami lebih bersedia pada masa hadapan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia