Utusan Borneo (Sarawak)

Amaran haba ‘amat berbahaya’ untuk Bangkok

Orang ramai diminta kekal di dalam rumah untuk keselamata­n sendiri ketika suhu meningkat

- — AFP

BANGKOK: Pihak berkuasa Thailand mengeluark­an amaran haba melampau untuk Bangkok semalam, menggesa orang ramai kekal di dalam rumah untuk keselamata­n sendiri ketika suhu meningkat.

Merkuri diramalkan mencecah 39 darjah Celsius (C) di ibu negara Thai yang pesat, manakala indeks haba dicatatkan melebihi 52C, dikelaskan oleh pihak berkuasa bandar sebagai “amat berbahaya” .

Indeks haba merupakan ukuran paras suhu yang mengambil kira kelembapan, kelajuan angin dan faktor lain.

“Amaran: indeks haba hari ini ialah ‘amat berbahaya’. Sila elakkan aktiviti di luar rumah,” tulis jabatan alam sekitar pihak berkuasa bandaraya Bangkok dalam catatan di Facebook.

“Indeks haba dikelaskan sebagai amat berbahaya apabila melebihi 52 darjah Celsius.”

Lazimnya, April merupakan tempoh yang paling panas dan paling lembap di Thailand, tetapi keadaan tahun ini telah ditambah buruk oleh corak cuaca El Nino.

Minggu ini, negara itu telah mengalami gelombang haba, dengan suhu

44.2C direkodkan di wilayah utara Lampang pada Isnin – kurang sedikit daripada

rekod sepanjang zaman negara, 44.6C.

Tetapi bagi ramai yang

mencari rezeki di jalanan di bandaraya, kekal di dalam rumah bukanlah pilihan.

“Saya rasa seperti hampir pengsan apabila bekerja di luar rumah hari ini tetapi saya tidak mempunyai pilihan, bukan?” kata pemandu teksi motosikal Boonsri Waenkaew kepada wartawan AFP.

Penjaja makanan, Buppha Nakhin, memanggang bebola daging di gerai jalanan di pusat bandar Bangkok, berkata dia cuba untuk kekal di bawah tempat teduh.

“Ia sangat panas. Cuaca panas tahun ini adalah yang paling melampau,” katanya kepada AFP.

“Kadang-kadang saya berasa pening tetapi belum pengsan lagi.”

Cuaca panas dijangka berterusan dalam beberapa hari akan datang, dan kerajaan menggesa orang ramai untuk kekal terhidrat, memakai pelindung cahaya matahari dan bersenam di dalam rumah untuk mengelakka­n strok haba.

Suhu global mencecah paras tertinggi tahun lepas, dan pada Selasa agensi cuaca dan iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berkata bahawa suhu di Asia meningkat pada kadar yang sangat pantas.

 ?? — Gambar AFP ?? CUACA PANAS: Seorang wanita berlindung di bawah payung daripada cuaca panas terik ketika berjalan di atas jejantas di Bangkok kelmarin.
— Gambar AFP CUACA PANAS: Seorang wanita berlindung di bawah payung daripada cuaca panas terik ketika berjalan di atas jejantas di Bangkok kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia