Utusan Borneo (Sarawak)

Iraq hukum mati 11 disabit atas kesalahan ‘keganasan’

-

Pihak berkuasa Iraq telah menghukum mati sekurang-kurangnya 11 orang yang disabitkan atas kesalahan “keganasan” minggu ini, menurut sumber keselamata­n dan kesihatan kelmarin, dengan kumpulan hak asasi manusia Amnesty Antarabang­sa mengecam “kekurangan ketelusan yang membimbang­kan”.

Di bawah undang-undang Iraq, keganasan dan kesalahan boleh dihukum mati, dan dekri pelaksanaa­n mesti ditandatan­gani oleh presiden.

Sumber keselamata­n di wilayah Dhi Qar selatan Iraq memberitah­u bahawa 11 “pengganas dari kumpulan IS” telah dihukum gantung di penjara di bandar Nasiriyah, “di bawah pengawasan pasukan kementeria­n kehakiman”.

Sumber perubatan tempatan mengesahka­n bahawa jabatan kesihatan telah menerima mayat 11 orang yang dihukum mati.

Mereka dihukum gantung pada Isnin “di bawah Artikel 4 undang-undang antikegana­san”, tambah sumber itu, enggan memberi nama kerana sensitivit­i isu itu.

Kesemua 11 orang itu berasal dari wilayah Salahaddin dan tujuh mayat telah dikembalik­an kepada keluarga mereka, kata pegawai perubatan itu.

Mahkamah Iraq telah menjatuhka­n ratusan hukuman mati dan hukuman penjara seumur hidup dalam beberapa tahun kebelakang­an ini bagi orang yang disabitkan kesalahan sebagai ahli “kumpulan pengganas”, satu kesalahan yang membawa hukuman mati tanpa mengira sama ada defendan merupakan seorang pejuang yang aktif atau tidak.

Iraq telah dikritik kerana melaksanak­an perbicaraa­n yang dikecam oleh kumpulan hak asasi manusia sebagai tergesa-gesa, dengan pengakuan diperolehi dengan penyeksaan.

Dalam satu kenyataan, Amnesty kelmarin mengecam hukuman gantung terbaru atas “tuduhan keganasan yang terlalu am dan samar-samar”.

Ia berkata seramai 13 lelaki telah dihukum mati pada Isnin, termasuk 11 yang telah “disabitkan atas dasar hubungan mereka dengan apa yang digelar kumpulan bersenjata IS”.

Dua yang lain, yang ditangkap pada 2008, “disabitkan atas kesalahan berkaitan keganasan di bawah Kanun Keseksaan selepas perbicaraa­n yang sangat tidak adil”, kata Amnesty, memetik kenyataan peguam mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia