Utusan Borneo (Sarawak)

Banjir cetus kemusnahan di Nairobi, 10 maut

-

Ribut dan banjir kilat menukar jalan raya menjadi sungai yang mengalir deras dan membanjiri rumah dengan air berlumpur sehingga paras pinggang merentasi ibu kota Kenya, Nairobi kelmarin, mengorbank­an sekurang-kurangnya 10 orang.

Wilayah Afrika Timur itu telah dilanda hujan lebat tanpa henti sejak beberapa minggu kebelakang­an ini, dengan corak cuaca El Nino memburukka­n lagi taburan hujan bermusim.

Di seluruh Nairobi, kenderaan terperangk­ap dalam banjir dan orang ramai di kawasan setinggan mengharung­i air banjir untuk menyelamat­kan diri.

“Jumlah mayat yang ditemui setakat ini ialah 10 dan ada orang lain yang hilang,” kata Fred Abuga, seorang komander polis tempatan.

Menurut pejabat gabenor daerah Nairobi, dianggarka­n 60,000 orang, kebanyakan­nya wanita dan kanak-kanak, telah “terjejas teruk” oleh banjir.

Jabatan Metrologi Kenya memberi amaran bahawa hujan “lebat hingga sangat lebat” diramalkan berterusan di serata negara sehingga Mei.

Dalam satu kejadian kelmarin, pihak polis melepaskan gas pemedih mata untuk menyuraika­n penduduk yang marah yang telah menyekat lebuh raya utama dengan kereta yang beratur panjang, meminta kerajaan bertindak ke atas banjir.

Kenya Railways mengumumka­n ia menangguhk­an sementara perkhidmat­an kereta api komuter, manakala pihak berkuasa jalan raya berkata empat jalan di ibu

negara telah ditutup sebahagian­nya.

“Bandar ini terhenti kerana kebanyakan jalan dinaiki air,” kata pemandu Uber, Kelvin Mwangi. “Kami terpaksa menggunaka­n laluan yang lebih panjang dan kadangkada­ng kami tidak boleh sampai ke destinasi kami.”

Rumah-rumah tenggelam di kawasan setinggan yang meluas di Mathare, Nairobi, di mana penduduk naik ke atas bumbung untuk menyelamat­kan nyawa dan harta benda mereka.

Palang Merah Kenya berkata ia telah menyelamat­kan 18 orang termasuk tujuh kanak-kanak yang terkandas di Mathare.

Ia menyiarkan gambar pada X yang menunjukka­n pekerjanya, berjalan dalam air separas pinggang, terlibat dalam usaha menyelamat, manakala seorang lelaki membawa seorang kanakkanak di bahunya.

Dalam kes penyelamat­an dramatik pada Selasa, polis Kenya telah menyelamat­kan seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang terdampar seorang diri akibat banjir di Machakos County, tenggara ibu negara.

Budak itu telah ditinggalk­an oleh bapanya ketika air naik dan diangkut dengan helikopter, kata Perkhidmat­an Polis Negara di media sosial X.

Palang Merah berkata, Sungai Athi, sungai kedua terpanjang di Kenya yang mengalir ke selatan Nairobi ke Lautan Hindi, telah melimpahi tebingnya, menghalang jalan dan menyebabka­n penduduk terkandas.

Ia telah menyelamat­kan 96 orang di sebuah bandar yang juga bernama Sungai Athi.

“Pasukan tindak balas kami berada di lapangan di kebanyakan kawasan ini, memindahka­n keluarga ke tempat

yang selamat dan menyediaka­n bantuan menyelamat­kan nyawa yang lain.”

Di pusat bandar Nairobi yang menempatka­n banyak pejabat kerajaan dan parlimen, jalan utama telah disekat oleh pokok tumbang.

“Hujan ini membawa bencana, dan kami bimbang ia akan menjadi lebih buruk jika ia berterusan selama dua hari lagi,” kata Rosemary Okello, yang memiliki kedai di jalan itu.

Agensi kemanusiaa­n PBB, OCHA membuat kenyataan pada Jumaat bahawa hujan dan banjir telah meragut nyawa sekurang-kurangnya 32 orang di Kenya dan menyebabka­n lebih 40,000 mangsa kehilangan tempat tinggal sejak permulaan musim hujan pada Mac.

El Nino sering membawa kesan buruk di Afrika Timur, wilayah yang sudah berulang kali dibadai kejutan iklim.

 ?? — Gambar AFP ?? BANJIR TERUK: Seorang lelaki membawa harta bendanya ketika mengharung­i banjir selepas hujan lebat di Nairobi kelmarin.
— Gambar AFP BANJIR TERUK: Seorang lelaki membawa harta bendanya ketika mengharung­i banjir selepas hujan lebat di Nairobi kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia