Utusan Borneo (Sarawak)

Nadal akan bermain di Terbuka Perancis jika ‘berasa cukup baik’

- — AFP

Rafael Nadal pada Rabu berkata bahawa dia hanya akan bermain di kejohanan Grand Slam Terbuka Perancis jika dia merasakan dia “cukup mampu untuk bersaing dengan baik”.

Pemenang 14 kejuaraan kejohanan itu mengakui bahawa jika kejohanan Terbuka Perancis bermula hari ini, dia tidak akan dapat beraksi tetapi berikrar untuk terus berusaha untuk mencari peluang untuk bermain pada kejohanan yang paling berjaya dalam kariernya untuk kali terakhir.

“Saya tidak tahu apa yang akan berlaku dalam tiga minggu akan datang. Saya akan terus berusaha dan melakukan apa yang saya percaya saya harus lakukan supaya saya boleh cuba bermain di Paris, dan jika saya bermain, saya akan bermain dan jika tidak, saya tidak akan bermain,” kata jaguh dari Sepanyol yang juga bekas pemain nombor satu dunia itu ketika memberitah­u wartawan pada kejohanan di Terbuka Madrid pada Rabu.

“Saya tidak akan bermain di Paris jika saya seperti sekarang. Jika (kejohanan) di Paris bermula hari ini. Saya tidak akan masuk ke gelanggang. Itu realitinya. Saya hanya akan bermain di Paris jika saya merasakan saya cukup mampu untuk bersaing dengan baik.”

Nadal kembali beraksi di Brisbane pada bulan Januari selepas menghabisk­an hampir sepanjang tahun lepas merawati kecederaan tulang pinggul. Tetapi kepulangan­nya hanya seketika apabila mengalami kecederaan otot di Australia dan hanya bermain lima perlawanan setakat musim ini.

Nadal memulakan kempen di tanah liat dengan kejohanan di Barcelona minggu lepas tetapi dia tewas di pusingan kedua dan akan bertemu dengan Darwin Blanch di Terbuka Madrid untuk perlawanan pembukaan.

“Saya tidak fikir saya bersedia bermain di tahap sebenar tetapi saya bersedia untuk bermain esok. Ia penting untuk saya bermain sekurangku­rangnya buat kali terakhir di Madrid, ia sangat bermakna bagi saya,” kata pemain berusia 37 tahun itu.

Ketika dia beraksi buat kali terakhir di Madrid dan mengucapka­n selamat jalan kepada salah satu kejohanan kegemarann­ya, berbanding sebagai penonton, Nadal mengakui perjalanan terakhir dalam kariernya tidak begitu menggembir­akan seperti yang dia harapkan.

“Beberapa minggu yang lalu, saya tidak tahu jika saya dapat bermain lagi dalam jelajah tenis profesiona­l, jadi hari ini, saya bermain,” tambahnya.

“Ia tidak sempurna, sudah tentu tidak sempurna tetapi sekurang-kurangnya saya bermain dan boleh berasa gembira sekali lagi.”

 ?? — Gambar AFP ?? BELUM BERSEDIA: Gambar fail menunjukka­n Nadal bersiap untuk beraksi dalam ATP Terbuka Barcelona, 15 April lalu.
— Gambar AFP BELUM BERSEDIA: Gambar fail menunjukka­n Nadal bersiap untuk beraksi dalam ATP Terbuka Barcelona, 15 April lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia