Utusan Borneo (Sarawak)

Osaka peroleh kemenangan pertama di gelanggang tanah liat

-

Naomi Osaka berkata dia ‘menerima permukaan tanah liat lebih banyak sekarang’ ketika meraih kemenangan pertama di permukaan itu sejak 2022 dalam perlawanan pusingan pertama kejohanan Terbuka Madrid pada Rabu.

Pemain dari Jepun yang juga bekas pemain nombor satu dunia itu membesar bermain di permukaan simen di Amerika Syarikat (AS) dan sentiasa bergelut di permukaan tanah liat sejak bertahun-tahun.

Tetapi kembali beraksi di Caja Magica buat kali pertama dalam tempoh dua tahun, Osaka kelihatan selesa ketika menewaskan Greet Minnen dari Belgium 6-4 dan 6-1 untuk menempah perlawanan pusingan kedua menentang pemain pilihan ke-15 kejohanan, Liudmila Samsonova.

Ia adalah kemenangan keempat di permukaan tanah liat buat Osaka sejak permulaan tahun 2021 dan pemenang empat kejohanan Grand Slam itu berharap ia bukan yang terakhir di Madrid.

“Saya mempunyai beberapa insiden di permukaan tanah liat tetapi saya sudah menerimany­a dengan lebih banyak sekarang,” kata pemain berusia 26 tahun itu.

“Saya merasakan ada keindahann­ya. Saya mengambil banyak inspirasi dari orang yang beraksi dengan baik di sini. Saya tidak menjangkak­an menjadi seperti Iga (Swiatek) atau sesiapa tetapi saya hanya mahu melakukan yang terbaik dengan apa yang saya ada.”

Di Stadium Arantxa Sanchez pada Rabu, Osaka tidak menghadapi masalah dengan pukulan servis tetapi gagal menamatkan tiga mata akhir set pertama sebelum akhirnya mengawal permainan.

Dia mendahului selesa 5-0 pada set kedua sebelum hanya melepaskan satu mata untuk melengkapk­an kemenangan dalam masa 79 minit.

Osaka mempunyai motivasi tambahan untuk beraksi dengan baik di permukaan tanah liat musim ini kerana acara tenis di Sukan Olimpik 2024 akan berlangsun­g di permukaan tanah liat di Roland Garros.

“Sukan Olimpik adalah sasaran terbesar saya. Saya sememangny­a mahu bermain di sana,” katanya.

Dalam perlawanan lain, bekas juara Terbuka Amerika (AS), Emma Raducanu, tidak bernasib baik apabila tewas 6-2 dan 6-2 kepada pemain kelayakan dari Argentina, Maria Laurdes Crle.

Raducanu hanya bermain perlawanan keenam bulan ini – sepanjang tiga kejohanan – tetapi menyalahka­n keletihan mental dan fizikal di atas prestasi hambarnya dan berkata dia akan berehat beberapa hari selepas bermain dalam kejohanan Piala Billie Jean, Stuttgart dan Madrid dalam dua minggu terakhir.

“Saya fikir permainan saya hari ini adalah satu petanda jelas keletihan mental dan emosi saya,” kata Raducanu.

Selepas memenangi kejohanan di Rouen minggu lepas, seorang lagi juara Terbuka AS, Sloane Stephens, meraih kemenangan kelima berturuttu­rut di permukaan tanah liat apabila menewaskan pemain dari Itali, Martina Trevisan 6-3, 5-7 dan 6-4.

Pemain tuan rumah dan bekas pemain ranking kedua dunia, Paula Badosa, yang bergelut dengan kecederaan belakang sejak mengalami keretakan tulang tahun lepas, tewas 2-6, 6-3 dan 6-3 kepada pemain kelayakan yang juga rakan senegarany­a, Jessica Bouzas Maneiro. — AFP

 ?? OSAKA ??
OSAKA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia