Utusan Borneo (Sarawak)

Xavi akan kekal sebagai jurulatih Barca

-

Xavi akan kekal sebagai jurulatih kelab Barcelona, menurut kelab gergasi bola sepak Sepanyol itu ketika memberitah­u agensi berita AFP pada Rabu, walaupun satu pengumuman pada bulan Januari di mana dia merancang untuk meletak jawatan pada akhir musim ini kerana “pengalaman kejam dan buruk” ketika menggalas tugas.

Media Sepanyol melaporkan bahawa jurulatih berusia 44 tahun itu, yang menandatan­gani kontrak lanjutan di kelab sehingga 2025 pada musim luruh lepas, membuat keputusan untuk melakukan perubahan fikiran selepas satu pertemuan dengan presi- den kelab, Joan Laporta dan pengarah teknikal, Deco.

Keputusan Xavi itu hadir seminggu selepas Barcelona tersingkir dari Liga JuaraJuara di peringkat suku akhir oleh Paris Saint-Germain (PSG).

Pada Ahad, Barcelona, yang juga juara bertahan liga, ketinggala­n 11 mata di belakang Real Madrid dalam saingan kejuaraan La Liga Sepanyol selepas tewas 2-3 dalam pertembung­an ‘El Clasico’.

Xavi, yang juga bekas pemain tengah Barcelona, berkata dia berasa “dibebaskan” apabila membuat keputusan untuk melepaskan jawatannya.

Dia sudah berulang kali berkata tugas membimbing Barca adalah “impiannya” tetapi mengakui tekanan tugas

akhirnya terbukti terlalu teruk.

“Anda merasakan setiap hari di mana anda tidak cukup bagus,” katanya selepas kekalahan mengejut 3-5 kepada Villarreal di tempat sendiri.

“Ia berlaku kepada semua jurulatih: Pep (Guardiola) memberitah­u saya, ia juga berlaku kepada (Ernesto) Valverde, saya juga melihat Luis Enrique menderita.”

Dia menambah: “Anda kerap merasakan ada kurang penghormat­an, anda merasakan bahawa usaha anda tidak dihargai. Ia menjejaska­n diri anda dari segi kesihatan, kesihatan mental, semangat, emosi. Saya seorang yang positif tetapi tenaga anda hilang sehingga pada satu ketiga di mana anda berkata: ia tidak masuk akal. Ia tidak masuk akal untuk

meneruskan­nya.”

Barcelona, yang bergelut dengan isu kewangan sejak beberapa musim yang lalu, melantik Xavi sebagai jurulatih pada November 2021 dan dia membantu mengubah nasib kelab, memenangi kejuaraan liga musim lepas.

Tetapi musim ini, mereka dibelasah 1-4 oleh Real Madrid dalam aksi Piala Super Sepanyol dan tersingkir dari Piala Sepanyol oleh Athletic Bilbao.

“Pengumuman membebaska­n saya di peringkat peribadi,” kata Xavi pada bulan Januari.

“Dari 30 Jun, saya tidak akan menjadi jurulatih Barca... sebagai seorang penyokong Barca, saya fikir kelab memerlukan satu perubahan dinamik.”

Sejak Xavi mengumumka­n hasrat untuk melepaskan jawatan pada akhir musim, tiada banyak jurulatih berpengala­man dikaitkan dengan jawatan itu.

Hanya bekas pemain pertahanan, Rafael Marquez, yang membimbing skuad B Barcelona, dianggap sebagai calon serius.

Bekas jurulatih kebangsaan Jerman, Hansi Flick dan pengurus Brighton, Roberto De Zerbi, juga dikaitkan dengan jawatan.

Walaupun musim turun naik Barcelona musim ini, ada petanda harapan untuk masa depan yang baik dengan kemunculan pemain muda berbakat seperti Lamine Yamal (16 tahun), Paul Cubarsi (17) dan Fermin Lopez (20). — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? KEKAL BERTUGAS: Xavi (kiri) berbual dengan Lewandowsk­i pada perlawanan La Liga Sepanyol di antara Real Madrid dan Barcelona pada 21 April lalu.
— Gambar AFP KEKAL BERTUGAS: Xavi (kiri) berbual dengan Lewandowsk­i pada perlawanan La Liga Sepanyol di antara Real Madrid dan Barcelona pada 21 April lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia