Utusan Borneo (Sarawak)

Liverpool tersentap di Goodison Park

Kekalahan 0-2 kepada Everton buka laluan buat Arsenal untuk menjarakka­n diri dengan tiga mata di singgahsan­a EPL

-

LONDON: Impian kejuaraan Liga Perdana Inggeris buat Liverpool terjejas apabila tewas 0-2 di Everton dalam pertembung­an dua kelab berjiran Merseyside sementara Manchester United menyelamat maruah Erik ten Hag apabila menang 4-2 ke atas kelab tercorot, Sheffield United pada Rabu.

Liverpool tewas buat kali pertama di Goodison Park dalam tempoh 14 tahun dalam apa yang merupakan kekecewaan terbesar kelab dalam harapan untuk mengejar pendahulu liga, Arsenal.

Jarrad Branthwait­e meletakkan Everton di hadapan pada minit ke-27 selepas pemain pertahanan itu merembat bola melepasi celah kaki penjaga gol Liverpool, Alisson Becker selepas pertahanan Liverpool gagal mengeluark­an bola dari satu tendangan percuma.

Dengan Mohamed Salah sekali lagi bergelut menyempurn­akan peluang buat Liverpool, Dominic CalvertLew­in menambah jaringan dengan tandukan pada minit ke-58.

Liverpool kekal di tangga kedua liga tetapi kurang tiga mata di belakang Arsenal yang memiliki perbezaan gol yang sangat besar dengan berbaki empat perlawanan sahaja lagi musim ini.

Pasukan di tangga ketiga, Manchester City, yang menentang Brighton Sabtu ini, akan disahkan sebagai juara liga buat musim keempat berturut-turut jika memenangi kesemua baki enam perlawanan mereka.

Liverpool dilaporkan membuka rundingan dengan jurulatih kelab Feyenoord, Arne Slot untuk menggantik­an Jurgen Klopp, di mana karier lamanya di Anfield dijangka akan berakhir dengan kekecewaan.

Ia senario yang tidak dibayangka­n apabila Liverpool menewaskan Chelsea di final Piala Liga Inggeris pada bulan Februari.

Ketika itu, mereka bersaing untuk memenangi empat kejuaraan yang mungkin akan melengkapk­an pengakhira­n hebat buat Klopp di kelab.

Sebaliknya, pengakhira­n sembilan tahun Klopp di Anfield bakal menjadi yang terburuk, dengan Liverpool tewas di peringkat suku akhir Piala FA Inggeris kepada

Manchester United dan turut tersingkir di peringkat suku akhir Liga Europa kepada Atalanta.

“Arsenal dan Manchester City harus bermain di tahap paling buruk,” kata Klopp apabila ditanya jika Liverpool masih boleh memenangi kejuaraan liga.

“Saya tidak tahu. Saya hanya dapat meminta maaf kepada semua orang hari ini. Kami seharusnya bermain dengan lebih baik tetapi tidak.”

Di Old Trafford, United ketinggala­n sebanyak dua kali kepada kelab yang berada di tangga terbawah liga sebelum Bruno Fernandes menjadi penyelamat kelab sekali lagi dalam separuh masa kedua.

Jayden Bogle meletakkan Sheffield di hadapan dan walaupun Harry Maguire mengikat kedudukan sebelum rehat, Ben Brereton Diaz meletakkan Sheffield kembali di hadapan tidak lama selepas rehat.

Fernandes mengikat

kedudukan dari satu tendangan penalti sebelum rembatan jarak jauhnya meletakkan United di hadapan buat kali pertama ketika berbaki sembilan minit permainan.

Rasmus Hojlund melengkapk­an jaringan untuk membolehka­n United memenangi kemenangan liga yang pertama dari lima perlawanan sejak menewaskan Everton pada 9 Mac lalu.

Ia bagaimanap­un kelegaan sementara buat Ten Hag, yang berharap untuk menyelamat­kan

musim United dengan memenangi Piala F Inggeris dan menamatkan musim di kedudukan yang lebih tinggi untuk sekurangku­rangnya layak ke Liga Europa musim hadapan.

Ten Hag mengharung­i kritikan teruk selepas United bergelut melangkah ke final Piala F Inggeris di mana mereka mensia-siakan pendahulua­n 3-0 sebelum diikat 3-3 oleh kelab divisyen dua, Coventry City dan hanya menang menerusi penentuan sepakan penalti pada Ahad lepas.

“Saya fikir kami bermain dengan agak baik, mencipta banyak peluang. Banyak perkara positif dan juga negatif. Bolos dua gol dengan mudah adalah tidak dapat diterima. Kami mahu bermain dengan penuh dinamik dan menyerang,” kata Ten Hag.

Pengadil Stuart Attwell sekali lagi diselubung­i kontrovers­i selepas tidak membenarka­n gol Wolves ketika tewas 0-1 kepada Bournemout­h.

Attwell sudah menjadi perhatian kerana peranannya sebagai salah seorang panel video bantuan pengadil (VR) yang menafikan tiga penalti Nottingham Forest, yang tewas 0-2 di Everton, menyebabka­n Forest mencadangk­an keputusan pilih kasih kerana Attwell adalah penyokong kelab Luton Town yang turut bersaing dengan Forest untuk mengelak penyingkir­an.

Kali ini, dia menganggap Matheus Cunha mengasari Justin Kluivert tanpa bola ketika Hwang Hee-chan menjaringk­an kemungkina­n gol penyamaan dari gol pembukaan Antoine Semenyo.

Attwelltet­apdenganpe­ndiriannya dan melayangka­n kad merah kepada pemain pertahanan Bournemout­h, Milos Kaerkez kerana kekasaran ke atas Matt Doherty.

Pada perlawanan lain, Jean-Philippe Mateta menjaringk­an gol untuk perlawanan kelima berturut-turut di tempat sendiri ketika Crystal Palace menewaskan Newcastle United 2-0.

Mateta membuka jaringan pada minit ke-55 dan menambah jaringan pada lewat permainan untuk menamatkan empat perlawanan tanpa kalah Newcastle dan menjejaska­n kelayakan ke bola sepak Eropah musim hadapan.

 ?? — Gambar AFP ?? AKSI TUMPUAN: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Everton dan Liverpool di Goodison Park di Liverpool.
— Gambar AFP AKSI TUMPUAN: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Everton dan Liverpool di Goodison Park di Liverpool.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia