Utusan Borneo (Sarawak)

Rangnick berunding dengan Bayern Munich untuk jawatan jurulatih kelab

-

DORTMUND: Jurulatih dari Austria, Ralf Rangnick, mengesahka­n bahawa dia sedang berunding dengan kelab Bundesliga Jerman, Bayern Munich untuk kemungkina­n menjadi jurulatih baharu kelab pada musim panas ini.

Bekas jurulatih kelab Manchester United itu berkata “ada perhubunga­n” di antara dia dan Bayern tetapi tidak akan mengulas sama ada dia akan ditawarkan kontrak.

“Saya juga sudah memberitah­u FA Austria mengenai perkara ini. Kami mempunyai perhubunga­n yang sangat baik,” kata Rangnick dalam satu temu bual yang disiarkan pada Rabu.

Bayern mahu menggantik­an jurulatih semasa, Thomas Tuchel selepas keduadua pihak bersetuju untuk menamatkan kerjasama pada bulan Februari lalu.

Media Jerman melaporkan bahawa kelab cuba mendapatka­n jurulatih Leverkusen, Xabi Alonso dan jurulatih kebangsaan Jerman, Julia Nagelsmann, yang pernah membimbing Bayern tetapi kedua-dua pihak mengakhiri sebarang spekulasi apabila membuat keputusan untuk terus kekal dengan tugas masing-masing.

Rangnick tidak mendedahka­n sama ada dia akan menerima tugas di Bayern dengan hanya berkata bahawa dia “memberi fokus” membimbing skuad kebangsaan Austria di Euro 2024,

yang akan berlangsun­g di Jerman.

“Kami memberikan sepenuh fokus kepada kejohanan Eropah. Saya berasa sangat selesa di sini.”

“Ketika ini, tiada sebarang sebab perjanjian dengan (minat dari Munich) secara khusus atau terbuka.”

Ditanya jika dia akan mengisi tugas di Bayern di masa hadapan, Rangnick berkata jika dia mahu melakukan “sesuatu yang berbeza” dia akan membincang­kannya dengan FA Austria.”

“Jika Bayern berkata ‘kami mahukan anda’, saya akan bertanya kepada diri saya jika saya mahukannya.”

Rangnick berkata wang tidak memainkan sebarang peranan dalam keputusann­ya.

“Bagi saya, ia tentang perkara lain: Bolehkah saya melakukan perbezaan? Adakah satu peluang untuk

membangunk­an sebuah pasukan dan berjaya? Ia merupakan motivasi saya.”

Rangnick adalah salah seorang yang paling berpengaru­h dalam sejarah bola sepak Jerman, sebagai jurulatih dan pengarah teknikal.

Sebagai tambahan tempoh tujuh bulan membimbing Manchester United, jurulatih berusia 65 tahun itu juga pernah membimbing beberapa kelab di Jerman, termasuk Hannover, Schalke, Hoffenheim, RB Leipzig dan Ulm, dengan membimbing Ulm naik buat kali pertama ke Bundesliga Jerman.

Kejayaan Leverkusen memenangi kejuaraan liga musim ini menamatkan 11 tahun berturut-turut Bayern selaku juara Bundesliga.

Bayern bagaimanap­un melangkah ke peringkat separuh akhir Liga Juara-Juara dan akan bertemu Real Madrid. — AFP

 ?? ?? RANGNICK
RANGNICK

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia