Utusan Borneo (Sarawak)

Pemimpin Thailand, 17 lagi negara gesa pembebasan segera tawanan di Gaza

- — Bernama

Pemimpin 18 negara dalam satu kenyataan bersama menggesa pembebasan segera semua tawanan termasuk warganegar­a mereka sendiri yang ditahan Hamas di Gaza.

Pemimpin berkenaan adalah dari Argentina, Austria, Brazil, Bulgaria, Kanada, Colombia, Denmark, Perancis, Jerman, Hungary, Poland, Portugal, Romania, Serbia, Sepanyol, Thailand, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Kenyataan bersama itu diperoleh melalui hantaran di laman sesawang Kementeria­n Luar Thailand yang menyatakan nasib tawanan dan orang awam di Gaza yang dilindungi di bawah undangunda­ng antarabang­sa, menjadi perhatian masyarakat antarabang­sa.

“Kami menyokong sepenuhnya usaha rundingan menerusi perantaraa­n yang masih berjalan untuk membawa pulang rakyat kami.

Kami mengulangi gesaan kami kepada Hamas untuk membebaska­n tawanan dan marilah kita tamatkan krisis ini supaya kita boleh menumpukan usaha kita untuk membawa keamanan dan kestabilan di rantau ini secara bersama,” kata mereka.

Pemimpin-pemimpin itu menekankan rundingan untuk membebaska­n tawanan akan menghasilk­an gencatan senjata yang segera dan berpanjang­an di Gaza, yang akan memudah cara peningkata­n tambahan bantuan kemanusiaa­n ke seluruh Gaza dan membawa kepada pengakhira­n persengket­aan.

“Penduduk Gaza akan dapat pulang ke rumah dan tanah mereka dengan persiapan terlebih dahulu bagi memastikan penyediaan perlindung­an dan kemanusiaa­n,” kata mereka.

Perdana Menteri Srettha Thavisin dalam hantaranny­a di laman X menyeru kepada pembebasan segera semua tebusan, termasuk lapan warga Thailand.

“Saya melihat ini sebagai isu kemanusiaa­n yang perlu disegeraka­n dan akan terus melakukan apa yang diperlukan untuk keselamata­n dan pembebasan warga Thailand supaya mereka dapat pulang ke tanah air secepat mungkin,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia