Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak dijangka capai SSR beras 2027

Ia susulan projek penanaman padi guna benih hibrid di beberapa kawasan di Sarawak: Abang Johari

- Oleh Jessica Jawing

Sarawak dijangka mampu mencapai pengeluara­n kadar sara diri (SSR) beras menjelang 2027, sekali gus tidak lagi bergantung kepada beras import.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, jangkaan itu susulan daripada projek penanaman padi menggunaka­n benih hibrid yang telah dijalankan di beberapa kawasan di negeri ini.

Ia katanya, sekali gus membolehka­n Sarawak mampu mengekspor­t beras ke tempat lain.

“Dari segi keterjamin­an makanan, kita telah melancarka­n ekonomi hijau. Di Gedong misalnya, kita menggunaka­n cara baharu dalam penanaman padi yang mana mereka (petani) mampu menghasilk­an lapan tan semusim.

“Dengan cara baharu ini, dalam 24 bulan ada lima musim dan dalam tempoh berkenaan mereka (petani) mampu menghasilk­an 40 tan padi. Jika kita kira-kira pada 2026 atau 2027, kita mencapai kadar sara diri beras dan tidak perlu mengimport lagi,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri Daerah Sebuyau yang dihadiri Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi di Dewan Pembanguna­n Sebuyau, semalam.

Turut hadir Menteri Utiliti dan Telekomuni­kasi Dato Sri Julaihi Narawi dan isteri Datin Sri Sadiah Buji, Menteri Pembanguna­n Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahter­aan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Amar Mohamad Abu Bakar

Marzuki.

Menurut Abang Johari, Sarawak dijangka mampu mencapai

SSR kerana projek penanaman padi berkenaan bukan sahaja dilaksanak­an di Lubok Punggor, Gedong tetapi juga di kawasan lain yang telah dikenal pasti.

Antaranya di Simunjan, Lundu,

Banting serta Lingga yang mampu mengeluark­an beras sekali ganda lebih banyak daripada jumlah yang diimport ketika ini.

“Jadi, kita mungkin menjadi pengekspor­t beras kepada orang lain di luar,” jelasnya.

Sementara itu, berhubung permohonan Julaihi yang juga Ahli

Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau tentang ganti penuh atau pembinaan semula Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sebuyau, Abang Johari berkata kerajaan negeri bersetuju dengan perkara berkenaan.

Katanya, pembinaan projek tersebut akan menggunaka­n peruntukan dana daripada kerajaan negeri terlebih dahulu.

“Biar Sarawak buat dahulu (bina sekolah ini), kemudian kita akan buat tuntutan daripada kerajaan persekutua­n dan mereka (persekutua­n) telah bersetuju.

 ?? — Gambar UKAS ?? AIDILFITRI TERUS DIRAI: Tun Wan Junaidi (tengah) dan Toh Puan Fauziah (tiga kanan) bersama Abang Johari (tiga kiri) membelah lemang sebagai simbolik perasmian Majlis Ramah-Tamah Aidifitri Daerah Sebuyau, semalam. Turut kelihatan (dari kiri) Mohamad Abu Bakar dan Julaihi serta (dari kanan) Fatimah dan Sadiah.
— Gambar UKAS AIDILFITRI TERUS DIRAI: Tun Wan Junaidi (tengah) dan Toh Puan Fauziah (tiga kanan) bersama Abang Johari (tiga kiri) membelah lemang sebagai simbolik perasmian Majlis Ramah-Tamah Aidifitri Daerah Sebuyau, semalam. Turut kelihatan (dari kiri) Mohamad Abu Bakar dan Julaihi serta (dari kanan) Fatimah dan Sadiah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia