Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan tidak statik sedia prasarana sukan di seluruh Sarawak: Abdul Karim

-

LAWAS: Kerajaan tidak statik dalam menyediaka­n kemudahan dan prasarana sukan di seluruh Sarawak termasuk perancanga­n membina sekurang-kurangnya 18 kompleks sukan mini di wilayah ini.

Menteri Belia, Sukan dan Pembanguna­n Usahawan Sarawak Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, adalah menjadi cabaran bagi kerajaan untuk menyediaka­n prasarana sukan membabitka­n wilayah yang agak besar di Sarawak, justeru ia dilaksanak­an secara berperingk­at.

“Mengenai prasarana sukan, memang kita berusaha untuk meningkatk­annya termasuk dewan suarah serta kompleks sukan mini dan ia memerlukan masa.

“Keutamaan akan diberikan kepada pusat bandar dulu, agar tiap-tiap bahagian mempunyai kompleks sukan yang besar, diikuti di setiap daerah dan kita dalam perancanga­n membangunk­an sekurang-kurangnya 18 kompleks sukan mini dan ini menunjukka­n kita tidak statik dalam usaha meningkatk­an prasarana ini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Larian Baton Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024 yang bermula semalam di Bahagian Limbang.

Turut hadir ialah Ahli Parlimen Lawas

Datuk Henry Sum Agong, Residen Bahagian Limbang Yunus Tambi dan tetamu kenamaan lain.

Abdul Karim berkata, wakil rakyat di setiap kawasan juga perlu mengatur dana dan peruntukan di bawah Program Transforma­si Luar Bandar (RTP) untuk menyediaka­n prasarana sukan dalam memastikan rakyat dapat bersukan dan menjadikan sukan sebagai budaya dan gaya hidup.

Pada masa sama katanya, melalui pembanguna­n prasarana masyarakat setempat dapat memperoleh manfaat khususnya dari segi kemajuan dalam bidang sukan.

 ?? ?? BERMULA: Abdul Karim (lima kiri) menyerahka­n baton kepada bekas atlet para SUKMA pada majlis tersebut.
BERMULA: Abdul Karim (lima kiri) menyerahka­n baton kepada bekas atlet para SUKMA pada majlis tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia