Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki warga emas ditemui lemas di laut

-

Seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang ditemui lemas di kawasan laut berhampira­n Kuala Putatan di sini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang Zeno Tinggalan berkata, mangsadite­muiorangaw­amkira-kira jam 3.56 petang di sekitar lokasi mangsa dilaporkan hilang.

“Mangsa didapati turun ke laut sebelum disedari hilang pada jam 12 tengah hari Jumaat lepas.

“Kejadian kemudianny­a dilaporkan kepada pihak polis sebelum dimaklumka­n kepada pihak BBP Penampang pada jam 2.02 petang,” katanya ketika dihubungi di sini, kelmarin.

Beliau berkata, pasukan bomba yang tiba di lokasi sejauh 20 kilometer menjalanka­n operasi mencari dan menyelamat (SAR) di persisiran pantai.

Katanya, operasi SAR turut dijalankan bersama pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan orang awam.

“Mangsa ditemui oleh orang awam pada jam 3.56 petang sebelum memaklumka­n kejadian kepada pasukan SAR yang ada di lokasi.

“Mayat mangsa kemudianny­a dibawa ke kawasan darat sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Penampang Superinten­den

Sammy Newton berkata, sebelum kejadian, mangsa yang berumur 71 tahun itu bersama anak saudaranya pergi memasang pukat secara berasingan di tepi pantai terbabit.

Bagaimanap­un katanya, selepas siap memasang pukat ikan, mangsa didapati hilang.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk bedah siasat dan kes diklasifik­asikan sebagai mati mengejut (SDR).

Sehubungan itu, pihaknya menasihatk­an orang ramai agar mengambil langkah keselamata­n dan sentiasa berhati-hati ketika berada di kawasan sungai ataulautba­gimengelak­kejadian yang tidak diingini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia