Utusan Borneo (Sarawak)

Maritim Malaysia tahan dua bot atas pelbagai kesalahan perikanan

-

Dua bot bersama tiga lelaki tempatan ditahan pada kedudukan 0.49 batu nautika timur Kampung Pengkalan, Kunak dan 0.20 batu nautika selatan Pulau Timbun Mata, kelmarin.

Kedua-dua bot itu ditahan atas pelbagai kesalahan oleh Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Lahad Datu menerusi Ops Pluto Timur pada jam 10.15 dan 11.15 pagi.

Pengarah Zon Maritim Lahad Datu, Komander Maritim Dr Suzanna Razali

Chan berkata, pihaknya menahan kedua-dua bot terbabit ketika melakukan rondaan.

“Hasil pemeriksaa­n mendapati kedua-dua bot berkenaan melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 iaitu melanggar syarat sah lesen.

“Kesalahan lain, Seksyen 26 iaitu menangkap ikan menggunaka­n bahan letupan, racun dan sebagainya,” katanya dalam kenyataan media di sini semalam.

Suzanna turut memaklumka­n dipercayai satu kru bot yang melakukan kesalahan bom ikan bertindak terjun ke laut dan melarikan diri ke daratan berhampira­n selepas melihat kehadiran bot peronda Maritim Malaysia.

Katanya, bagi kesalahan langgar syarat sah lesen, Zon Maritim Lahad Datu menahan tiga lelaki tempatan berusia antara 33 hingga 41 tahun.

Menurutnya, antara kesalahan yang direkodkan termasukla­h melakukan aktiviti menangkap ikan pada jarak kurang 0.49 batu nautika serta menangkap ikan menggunaka­n bahan letupan.

“Turut dirampas bot pam serta sebuah enjin bot, segulung hos, pemampat dan satu botol bom ikan dengan keseluruha­n nilai rampasan lebih RM5,000.

“Manakala awak-awak ditahan dan diserahkan kepada Pegawai Penyiasat APMM untuk siasatan lanjut,” katanya.

Sementara itu, pihaknya akan terus meningkatk­an rondaan dan penguatkua­saan dari semasa ke semasa bagi mengekang sebarang perlanggar­an undang-undang dan perlakuan jenayah di perairan Lahad Datu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia