Utusan Borneo (Sarawak)

Cadangan tarik peniaga berhijrah ke Sarawak

Letak syarat deposit minimum RM2 juta atau membeli hartanah tidak kurang RM1.5 juta: Fadillah

- Oleh Marlinda Mardzuki

Oleh itu, saya mahu mencadangk­an kepada Premier Sarawak memandangk­an kelak kita ada bank sendiri, mereka yang ingin berhijrah ke Sarawak perlu dikenakan deposit minimum RM2 juta ke dalam akaun deposit tetap milik negeri ini.

KUCHING: Sarawak dicadang mengenakan syarat kepada peniaga atau pelabur yang berminat untuk berhijrah ke negeri ini agar mendeposit­kan sekurang-kurangnya RM2 juta atau membeli hartanah tidak kurang daripada RM1.5 juta.

Timbalan Perdana Menteri Dato Sri Fadillah Yusof berkata, ramai rakan-rakan perniagaan­nya dari Semenanjun­g dan Sabah menyatakan hasrat ingin berhijrah ke sini susulan prospek perniagaan dan pelaburan yang ada di Sarawak.

“Oleh itu, saya mahu mencadangk­an kepada Premier Sarawak memandangk­an kelak kita ada bank sendiri, mereka yang ingin berhijrah ke Sarawak perlu dikenakan deposit minimum RM2 juta ke dalam akaun deposit tetap milik negeri ini.

“Ataupun mereka boleh membeli hartanah di sini tidak kurang daripada RM1.5 juta. Sekurang-kurangnya

dengan cara ini, kita dapat menjana lebih banyak pendapatan kepada negeri kita dan pada masa sama, mereka juga boleh mendapat status penduduk tetap (PR) di Sarawak,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada MajlisRama­h Tamah Zon 4 Dewan Undangan Negeri (DUN) Satok serta Perasmian Perpustaka­an

Desa di Dewan Haji Kamarudin di Kampung Segedup di sini, semalam.

Turur hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok Datuk Ibrahim Baki dan tetamu kehormat lain.

Menurut Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transforma­si Air, salah satu syarat untuk mendapatka­n status PR di Malaysia ialah pemohon perlu membuat pelaburan di negara ini.

“Wang itu kemudianny­a akan dimasukkan ke dalam simpanan tetap dan sebagainya... itu akan meningkatk­an lagi pendapatan negara kita.

“Dan, sudah pasti kita juga akan mempunyai individu berkualiti yang datang berhijrah dan membantu membangunk­an negeri dan negara kita,” katanya.

Pada majlis sama, Ahli Parlimen Petra Jaya itu turut merasmikan Perpustaka­an Desa Kampung Segedup yang terletak berhampira­n Dewan

Haji Kamarudin.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis itu, Fadillah menurut laporan Bernama menyeru pengundi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) agar memilih calon yang dapat menyumbang kepada kestabilan pembanguna­n kawasan berkenaan dan Malaysia secara amnya.

Menurutnya, beliau percaya pengundi di kawasan tersebut boleh membuat keputusan terbaik untuk menentukan calon paling layak untuk mewakili mereka.

“Hanya dengan kestabilan kita dapat menumpukan dan memberi fokus pada pembanguna­n Malaysia, baik dari segi ekonomi, keadaan sosial dan sebagainya,” katanya.

Selain itu, Fadillah berkata beliau berharap semua pihak termasuk pemimpin politik serta jentera parti akan mematuhi arahan pihak keselamata­n dan menjaga sensitivit­i masyarakat sepanjang tempoh berkempen bagi pilihan raya itu.

PRK DUN Kuala Kubu Baharu bakal menyaksika­n pertanding­an empat penjuru di antara Khairul Azhari Saut (Perikatan Nasional), Pang Sock Tao (PH), Nyau Ke Xin (Bebas) dan Hafizah Zainudin (Parti Rakyat Malaysia).

PRK berkenaan diadakan susulan kematian penyandang­nya Lee Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lepas akibat kanser.

SPR menetapkan hari pengundian bagi PRK berkenaan pada 11 Mei, manakala pengundian awal pada 7 Mei.

Dato Sri Fadillah Yusof Timbalan Perdana Menteri

 ?? ?? SERONOK: Fadillah ditemani Ibrahim menyampaik­an hadiah pada Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri Zon 4 Dewan Undangan Negeri (DUN) Satok serta Perasmian Perpustaka­an Desa di Dewan Haji Kamarudin di Kampung Segedup, semalam.
SERONOK: Fadillah ditemani Ibrahim menyampaik­an hadiah pada Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri Zon 4 Dewan Undangan Negeri (DUN) Satok serta Perasmian Perpustaka­an Desa di Dewan Haji Kamarudin di Kampung Segedup, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia