Utusan Borneo (Sarawak)

Pekebun kecil sawit dapat manfaat menerusi pensijilan MSPO dan RSPO

-

Pekebun kecil kelapa sawit di negara ini khususnya di Sarawak akan mendapat manfaat menerusi program pensijian Minyak Kelapa Sawit Mampan Malaysia (MSPO) dan Rundingan Meja Bulat Minyak Sawit (RSPO), kata Menteri Perladanga­n dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Menurutnya, pensijilan itu akan memastikan pekebun mengeluark­an buah dan produk sawit berkualiti tinggi, selain mempraktik­kan corak penanaman kelapa sawit yang mampan dan mengambil berat akan kebersihan alam sekitar sebagaiman­a ditetapkan piawaian antarabang­sa.

“Siri jelajah MSPO dan RSPO ini secara tidak langsung akan membolehka­n semua pekebun kecil mendapatka­n maklumat berguna mengenai pensijilan MSPO terutama kaedah penanaman kelapa sawit yang mampan serta memenuhi syarat ditetapkan bagi menghasilk­an buah sawit yang berkualiti tinggi,” ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Bengkel Pengenalan Standard MSPO (MS2530:2022) dan Aspek Sosial Dalam Perniagaan yang diadakan di Hotel Margherita Plaza di sini, semalam.

Program berkenaan dihadiri lebih 400 peserta yang terdiri daripada pekebun kecil

kelapa sawit di bahagian ini.

Pekebun kecil di Bintulu jelasnya, merupakan sebahagian daripada 440,000 pengusaha tanaman komoditi sawit secara individu atau kecil-kecilan yang terdapat di seluruh negara.

Justeru katanya, pemain industri kelapa sawit memainkan peranan yang cukup signifikan dalam menyumbang kepada ekonomi negara, khususnya menaikkan taraf sosioekono­mi setiap pengusahan­ya.

“Amalan penanaman kelapa sawit yang betul dan mampan pada masa sama akan membolehka­n mereka memperoleh­i hasil sawit yang berkualiti dan mudah untuk dipasarkan tanpa sebarang

isu atau masalah pada masa hadapan,” tegas Johari.

Sementara itu, beliau menggesa Penanam Kelapa Sawit Dayak Sarawak (DOPPA) tampil dengan penjelasan yang lebih jelas mengenai tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) bagi membolehka­n ia didokumenk­an dengan jelas, khususnya bagi kawasan yang dimajukan dengan kelapa sawit.

Melalui dokumen yang lengkap dan jelas katanya, akan membantu memudahkan kementeria­n menerangka­n kepada pihak berkaitan bagaimana tanah adat berkenaan dimajukan dengan penanaman kelapa sawit dan diurus dengan baik oleh setiap pengusahan­ya.

 ?? ?? TERBAIK: Johari (tengah) merakamkan kenangan bersama tetamu kenamaan dan peserta bengkel sejurus selesai perasmian program di Bintulu, semalam.
TERBAIK: Johari (tengah) merakamkan kenangan bersama tetamu kenamaan dan peserta bengkel sejurus selesai perasmian program di Bintulu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia