Utusan Borneo (Sarawak)

Direktori CBO akan diperluas ke daerahdaer­ah di Sarawak: Nancy

-

Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan memperluas­kan Direktori Organisasi Berasaskan Komuniti (CBO) ke daerahdaer­ah di negeri ini.

Menterinya Dato Sri Nancy Shukri berkata, Direktori CBO merupakan usaha terbaharu kementeria­n untuk membendung peningkata­n kes-kes penderaan kanakkanak dan keganasan rumah tangga dalam komuniti.

“Kes-kes seperti ini dilihat semakin banyak berlaku di kampung-kampung dan sebab itu kementeria­n telah melancarka­n Direktori CBO ini.

“Tujuannya, supaya ketua masyarakat dapat menghubung­i pihak berkuasa yang relevan jika berlaku kes-kes seperti ini di tempat bidang kuasa mereka,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri anjuran Pejabat Daerah Kuching dan Ketua Masyarakat Ketua Kaum (KMKK) Daerah Kuching di pekarangan Bangunan Majma di sini, semalam.

Hadir sama Pegawai Daerah Kuching Sofhi Jebal serta KMKK di bawah pentadbira­n Daerah Kuching.

Mengulas lanjut mengenai

Direktori CBO, Nancy berkata ia sudah dilancarka­n di empat lokasi iaitu di Sepang, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Untuk Daerah Kuching katanya, perancanga­n sudah ada untuk mewujudkan Direktori CBO tetapi tarikh pelancaran­nya belum diketahui kerana prosesnya mengambil masa yang agak lama.

“Jadi bila dilancarka­n di Kuching, belum tahu lagi, sebab mengambil masa kerana Direktori CBO ini sangat ‘localised’ dan kita tidak dapat meniru CBO yang diwujudkan di tempat yang lain,” katanya.

Bagaimanap­un kata Nancy, KMKK ketika ini membantu menjalanka­n tugas mereka dan bekerja rapat dengan Pejabat Daerah dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Ujar Nancy lagi, direktori itu bukan sahaja untuk masyarakat terutama KMKK merujuk kes-kes penderaan dan keganasan rumah tangga.

Ia juga katanya boleh digunakan bagi merujuk perkara berkaitan kebajikan, orang kelainan upaya (OKU), Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) dan sebagainya yang berkaitan dengan masyarakat.

 ?? ?? Nancy bersalaman dengan KMKK Daerah Kuching setibanya pada Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri, semalam. Turut kelihatan, Sofhi (kanan).
Nancy bersalaman dengan KMKK Daerah Kuching setibanya pada Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri, semalam. Turut kelihatan, Sofhi (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia