Utusan Borneo (Sarawak)

Kemurahan hati, dedikasi Everrise kepada komuniti harus dipuji: Yap

-

Everrise harus dipuji kerana bermurah hati dan dedikasi yang tidak berbelah bahagi kepada komuniti, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wilfred Yap.

Menurutnya, Everrise mempunyai pelbagai pakej derma dan inisiatif yang menyokong masyarakat, terutamany­a golongan kurang bernasib baik.

“Melalui pakej derma yang murah hati dan inisiatif sokongan, Everrise telah menghulurk­an bantuan kepada mereka yang memerlukan, terutamany­a ketika waktu-waktu yang mencabar,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran rasmi kempen Everrise Member Super Rewards 2.0 yang diadakan di pusat beli-belah Vivacity Megamall di sini, semalam.

Yap berkata, komitmen dalam menyokong masyarakat itu bukan sekadar menyediaka­n keperluan penting, malah menaikkan semangat dan memupuk rasa kebersamaa­n.

Justeru katanya, pelancaran Member Super Rewards 2.0 bukan sekadar bukti dedikasi Everrise kepada pelanggann­ya, tetapi juga peranannya sebagai juara komuniti.

“Sambil kita bergerak ke hadapan, marilah kita meraikan lembaran baharu ini dengan mengetahui bahawa pilihan kita boleh mewujudmum

kan kesan positif dan sokongan ke seluruh komuniti.

“Terima kasih Everrise atas kepimpinan dan komitmen anda dalam memastikan kesejahter­aan masyarakat serta terus berkembang dan menyokong satu sama lain,” ujarnya.

Acara itu turut menyaksika­n Everrise menyerahka­n RM8,000 kepada Pusat Khidmat Kota Sentosa dan sumbangan RM8,000 kepada Pertubuhan Pembanguna­n Insan Sarawak (PPIS) yang diterima Presidenny­a Manjeet Kaur Sidhu.

Sementara itu, Pengarah

Kumpulan Everrise Colin Sia dalam ucapannya berkata, pihaknya melancarka­n kempen Member Super Rewards 2.0 susulan inisiatif Ahli Super Rewards pada tahun lepas yang mendapat penyertaan ramai.

“Sekali lagi, diilhamkan oleh sokongan anda dan menjadi komitmen kami untuk terus meningkatk­an pengalaman membeli-belah anda di Everrise, kami sangat teruja untuk memperkena­lkan kempen Member Super Rewards 2.0,” katanya.

Menerusi kempen yang dipertingk­atkan itu, pihaknya

menyasarka­n untuk memberi ganjaran kepada ahli setianya dan menggalakk­an gaya hidup yang lebih mampan dalam komuniti, katanya.

“Secara ringkas pihak kami menawarkan E-Spin & Win, Kempen Go Green, E-Cop, Beli & Menang, penebusan ahli, program rujukan dan pendaftara­n keahlian percuma sepanjang kempen tersebut,” jelasnya.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pengarah Kumpulan Everrise Yeo Siew Hui bersama Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Melody Chum.

 ?? ?? PRIHATIN: Yap (dua kanan) menerima replika cek mewakili Pusat Khidmat Kota Sentosa daripada Colin (dua kiri) sambil disaksikan Melody (kiri) dan Yeo (kanan).
PRIHATIN: Yap (dua kanan) menerima replika cek mewakili Pusat Khidmat Kota Sentosa daripada Colin (dua kiri) sambil disaksikan Melody (kiri) dan Yeo (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia