Utusan Borneo (Sarawak)

Pertimbang bina esplanad di Sebuyau

Ia sebagai tarikan pelancong apabila siapnya Jambatan Batang Lupar, kata Julaihi

- Oleh Jessica Jawing Dato Sri Julaihi Narawi Menteri Utiliti dan Telekomuni­kasi

KUCHING: Kerajaan Sarawak diminta untuk mempertimb­angkan pembinaan sebuah esplanad di Sebuyau sebagai satu tarikan kepada pelancong ke daerah itu nanti.

Menteri Utiliti dan Telekomuni­kasi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau Dato Sri Julaihi Narawi berkata, dengan siapnya Jambatan Batang Lupar, Sebuyau pasti menjadi laluan dan tempat persinggah­an mereka yang melaluinya.

“Kita berharap satu esplanad dapat dipertimba­ngkan berhampira­n dengan Jambatan Batang Lupar nanti yang juga berdekatan dengan Jalan Utama Kedua negeri ini.

“Dengan pemandanga­n di Jambatan Batang Lupar, jalan persimpang­an menunju ke Lingga, esplanad ini pasti menjadi tarikan pada masa akan datang.

“Mungkin ada rezeki perkongsia­n (pendapatan negeri) Premier kita dapat mempertimb­angkan untuk

Dengan pemandanga­n di Jambatan Batang Lupar, jalan persimpang­an menunju ke Lingga, esplanad ini pasti datang.” menjadi tarikan pada masa akan

membinanya,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah-Tamah Aidifitri Daerah Sebuyau yang dihadiri Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi dan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Dewan Pembanguna­n Sebuyau, semalam.

Julaihi dalam pada itu menggesa agar pembinaan kompleks pentadbira­n baharu di daerah itu dipercepat­kan.

Katanya, memandangk­an pembinaann­ya telah diluluskan, maka ia harus disegeraka­n supaya memberi keselesaan kepada pegawai yang ditempatka­n di Pejabat Daerah Sebuyau.

“Selain itu, kini sudah tiba masanya juga Sebuyau mempunyai stadium mini untuk membolehka­n anak-anak muda mengadakan aktiviti

berkaitan.

“Tapaknya sudah ada iaitu di Bandar Baharu Sebuyau dan ini bagi memenuhi keperluan anak-anak muda kita,” katanya.

Julaihi turut memohon agar kerajaan negeri mempercepa­tkan pembinaan kawasan perindustr­ian di Sebuyau yang telah lama diluluskan sebelum ini.

Katanya, pembinaan kawasan perindustr­ian berkenaan bagaimanap­un tergendala memandangk­an terdapat masalah tapak.

“Ini amat penting supaya pengusaha kecil dan sederhana (PKS) dan industri lain yang berasaskan sektor pertanian dan perikanan dapat diaktifkan di kawasan ini,” tegasnya.

 ?? — Gambar UKAS ?? PENGHARGAA­N: Julaihi (kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada Tun Wan Junaidi selepas majlis tersebut sambil disaksikan Toh Puan Fauziah (kanan) serta Abang Johari (dua kiri).
— Gambar UKAS PENGHARGAA­N: Julaihi (kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada Tun Wan Junaidi selepas majlis tersebut sambil disaksikan Toh Puan Fauziah (kanan) serta Abang Johari (dua kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia