Utusan Borneo (Sarawak)

Kepesatan teknologi cabaran warga pendidik bentuk modal insan berkualiti

-

Kepesatan pembanguna­n teknologi menjadi cabaran kepada warga pendidik dalam mempersiap­kan modal insan berkualiti selari dengan kemajuan pada masa kini.

Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Dr Penguang Manggil berkata, untuk itu para pendidik harus melengkapk­an diri dengan ilmu teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) bagi mendepani cabaran Revolusi Perindustr­ian 4.0 (IR 4.0).

“Peranan pendidikan masa kini telah berubah dengan ketara dan untuk itu warga pendidik perlulah melengkapk­an diri dengan ICT bagi mendepani cabaran IR 4.0,” ujarnya.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapannya yang dibacakan Pegawai Daerah Marudi Rose Edward Tarang pada Majlis Anugerah Kecemerlan­gan Sekolah Mengah Kebangsaan (SMK) Marudi di sini, semalam.

Pada masa sama, Penguang berkata ibu bapa juga memainkan peranan penting dalam menentukan pencapaian

dan hala tuju anak masing-masing.

Tambahnya, ibu bapa perlu giat memantau perkembang­an anak-anak mereka dan tidak meletakkan sepenuhnya di bahu pihak sekolah sahaja.

“Berikan sokongan padu kepada pihak sekolah dengan menyertai semua program yang telah dirancang dan dianjurkan oleh pihak sekolah,” katanya.

Sementara itu, Penguang mahu persatuan ibu bapa dan

guru (PIBG) aktif dalam bekerjasam­a memastikan matlamat tersebut dapat dicapai.

“PIBG perlu aktif menggemble­ng tenaga agar hasrat murni tercapai dalam memacu kemenjadia­n anakanak.

“Didik anak-anak dengan nilai murni agama semasa di rumah kerana ia merupakan asas kukuh,” ujarnya lagi.

Pada majlis itu, sebanyak RM15,000 geran projek kecil luar bandar (MRP) daripada

Penguang diserahkan kepada SMK Marudi.

Hadir sama Pengetua SMK Marudi Mohd Effendi Panglima, Yang Dipertua PIBG Blalang Atom, Ketua Masyarakat Pemanca Randi Bundan, Penghulu Jimbau Ena dan Penghulu Philip Dagang.

Dalam pada itu, anugerah pelajar cemerlang diterima oleh Rozeys Emanuel, Lio Shuang Ying Lionel Lihan Pelit dan Roliz Robin.

 ?? ?? TAHNIAH: Rose dan Mohd Effendi merakamkan kenangan bersama para pelajar cemerlang pada Majlis Anugerah Kecemerlan­gan SMK Marudi, semalam.
TAHNIAH: Rose dan Mohd Effendi merakamkan kenangan bersama para pelajar cemerlang pada Majlis Anugerah Kecemerlan­gan SMK Marudi, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia