Utusan Borneo (Sarawak)

Pelabuhan Bintulu akan dimajukan ikut aspirasi Sarawak

Selepas diambil alih kelak, kerajaan akan menjadikan­nya pelabuhan versi Sarawak yang moden dan unggul di wilayah ini ”

- Oleh Ambrose Rirang Timbalan Menteri Pengangkut­an

BINTULU: Pelabuhan Bintulu akan dikendali serta dimajukan mengikut corak serta aspirasi sistem pengurusan pelabuhan di Sarawak, kata Timbalan Menteri Pengangkut­an Datuk Hasbi Habibollah.

Menurutnya, selepas pelabuhan itu diambil alih kelak dan dikendalik­an sepenuhnya oleh kerajaan Sarawak, ia akan menjadi pelabuhan versi Sarawak yang moden dan unggul di wilayah ini.

“Langkah Sarawak adalah tepat pada masanya iaitu menjadikan Pelabuhan Bintulu sebagai sebuah pelabuhan yang bertaraf antarabang­sa sekali gus memberikan pertumbuha­n positif terhadap sektor ekonomi di Sarawak,” ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis

Rumah Terbuka Aidilfitri 2024 anjuran Lembaga Pelabuhan Bintulu (LPB) di pekarangan Menara Kidurong di Jalan Tanjung Kidurong, malam kelmarin.

Apa yang lebih penting lagi jelas beliau, ialah LPB harus mengekalka­n kerjasama baik dengan Bintulu Port Holdings Berhad (BPHB) yang dilesenkan bagi mengendali­kan urusan import-eksport pelabuhan.

Pada masa sama tegasnya, pihak pengurusan pelabuhan harus memastikan hubungan baik antara pelanggan terutama syarikat-syarikat perindustr­ian dan pihak berkepenti­ngan lain terus digiatkan lagi bagi memastikan semua pihak mendapat manfaat sama ada yang memberi atau mendapatka­n perkhidmat­an sekali gus mewujudkan situ

asi menang-menang antara kedua-dua pihak.

Mengenai majlis yang dianjurkan, Hasbi berharap ia

akan dapat mengeratka­n lagi silaturahi­m antara LPB dan semua pihak berkepenti­ngan yang menggunaka­n khidmat pelabuhan dalam urusan keluar masuk barangan atau produk masing-masing.

“Justeru, pengambila­lihan LPB dari persekutua­n sebagai tepat pada masanya kerana kerajaan Sarawak mempunyai kemampuan bagi mengurus dengan baik pelabuhan laut dalam ini,” tambah beliau.

Pada majlis itu, beliau turut menyantuni serta menyampaik­an sumbangan raya kepada 61 anak-anak yatim yang dijemput khas bagi sama-sama meraikan majlis sambutan Aidilfitri berkenaan.

Hadir sama Pengerusi Lembaga Pengarah LPB Dato Sharkawi Alis, Ketua Pegawai Eksekutif BPSB Ruslan Abdul Ghani dan Pengurus Besar LPB Mizool Amir Mat Drus.

“Langkah Sarawak adalah tepat pada masanya iaitu menjadikan Pelabuhan Bintulu sebagai sebuah pelabuhan yang bertaraf antarabang­sa sekali gus memberikan pertumbuha­n positif terhadap sektor ekonomi di Sarawak.

Datuk Hasbi Habibollah

 ?? ?? MESRA: Hasbi menyantuni dan menyampaik­an sumbangan kepada anak-anak yatim yang hadir pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2024 anjuran Lembaga Pelabuhan Bintulu, malam kelmarin.
MESRA: Hasbi menyantuni dan menyampaik­an sumbangan kepada anak-anak yatim yang hadir pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2024 anjuran Lembaga Pelabuhan Bintulu, malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia