Utusan Borneo (Sarawak)

Operasi Bersepadu Rabies di Daerah Kuching pada 29-30 April dan 2-3 Mei

-

Kerajaan Sarawak akan menjalanka­n Operasi Bersepadu Rabies 2024 di Daerah Kuching pada 29 hingga 30 April dan 2 hingga 3 Mei ini dalam usaha untuk mengekang penularan wabak rabies.

Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam kenyataan semalam berkata, operasi ini bertujuan menyampaik­an kesedaran kepada orang awam mengenai rabies dan keperluan untuk melesenkan haiwan peliharaan.

Operasi ini katanya, akan dilakukan dengan pemeriksaa­n dari rumah ke rumah untuk vaksinasi anjing dan pelesenan di kawasan-kawasan yang telah mencatatka­n kes rabies yang tertinggi melibatkan manusia, iaitu di kawasan Tabuan Jaya, Taman Landeh, Desa Wira dan Sungai Maong Tengah.

Oleh itu katanya, masyarakat dan pemilik anjing adalah dimohon untuk memberi kerjasama semasa operasi ini dilaksanak­an untuk menvaksink­an, melesenkan dan tidak membiarkan haiwan peliharaan bebas di jalanan dan berkeliara­n di luar pekarangan rumah.

Kerjasama daripada semua pihak amatlah diperlukan untuk memastikan operasi ini dapat dilaksanak­an dengan berjaya bagi mengawal penularan wabak rabies, agar Sarawak dapat mencapai sifar rabies menjelang 2030.

Agensi-agensi yang terlibat dalam operasi ini adalah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, Jabatan Veterinar Sarawak, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Unit Penguatkua­saan dan Keselamata­n Sarawak, Majlis

Bandaraya Kuching Selatan, Dewan Bandaraya Kuching Utara, Majlis Perbandara­n Padawan dan badan atau pertubuhan bukan kerajaan yang berkaitan.

Sementara itu, setakat 19 April 2024 sebanyak lima bahagian di Sarawak telah diisytihar­kan sebagai kawasan rabies iaitu Bahagian Kuching, Samarahan, Serian, Bintulu dan Sri Aman.

Sejak 2017, sebanyak 213,190 ekor anjing telah divaksinka­n dan 78 kes rabies melibatkan manusia telah dilaporkan di mana 71 kes melibatkan kematian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia