Utusan Borneo (Sarawak)

Rakyat perlu seiring kerajaan agar tidak ketinggala­n dalam pembanguna­n: Mong

-

SRI AMAN: Rakyat perlu seiring dan sejalan dengan kerajaan agar mereka tidak ketinggala­n dari arus pembanguna­n, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Begunan Datuk Mong Dagang.

Beliau berkata, tiada alasan bagi rakyat menolak pihak kerajaan sekiranya mereka mahukan pembanguna­n di kawasan mereka terus dilaksanak­an.

Menurutnya, kerajaan sentiasa mengambil berat terhadap kebajikan rakyat termasuk masyarakat luar bandar dengan kemudahan asas seperti bekalan eletrik, air bersih dan jalan raya.

“Inilah pembanguna­n yang dilaksanak­an oleh pihak kerajaan termasukla­h infrastruk­tur asas lain seperti dewan serbaguna, jambatan, projek jalan kampung dan sebagainya,” ujarnya.

Beliauberk­atademikia­npada perasmian Majlis Sambutan Ulang Tahun Pertama Dewan Komuniti, Kampung Pakit A, Sri Aman baru-baru ini.

Hadir sama ialah Penghulu Riji Gu dan Penghulu Watson Menjang.

Mong berakta, rakyat juga perlu mensyukuri segala pembanguna­n yang telah dilaksanak­an oleh kerajaan Sarawak.

“Konsep syukur dan berterima kasih juga perlu dipupuk dalam kalangan masyarakat kita agar rakyat dapat menghargai para pemimpin yang banyak membawa pembanguna­n kepada Sarawak,” jelasnya.

Sementara itu, Mong menyeru rakyat memfokuska­n kerjasama dan perpaduan demi pembanguna­n dan kesejahter­aan berterusan.

Menurutnya, Sarawak sedang menuju ke arah wilayah berpendapa­tan tinggi pada 2030, justeru kesatuan rakyat di belakang kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) amat penting untuk merealisas­ikan hasrat itu.

Pada majlis itu, Mong turut memperuntu­kkan geran di bawah Program Transforma­si Luar Bandar (RTP) berjumlah RM100,000 untuk projek naik taraf dewan tersebut.

Beliau turut memperuntu­kkan geran RM7,000 kepada Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK), manakala RM4,000 untuk Biro Wanita dan RM2,000 untuk Belia Pakit A, Sri Aman.

 ?? ?? TERIMA KASIH: Pengerusi JKKK Kampung Pakit A (dua kanan) menyampaik­an cenderamat­a kepada Mong (tiga kiri) sambil diperhatik­an oleh Watson (kanan), Riji (dua kiri) serta yang lain pada majlis tersebut.
TERIMA KASIH: Pengerusi JKKK Kampung Pakit A (dua kanan) menyampaik­an cenderamat­a kepada Mong (tiga kiri) sambil diperhatik­an oleh Watson (kanan), Riji (dua kiri) serta yang lain pada majlis tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia