Utusan Borneo (Sarawak)

Program budaya mampu pupuk toleransi, perpaduan pelajar berbilang kaum di UTS

-

Penganjura­n pelbagai program kebudayaan mampu memupuk semangat toleransi dan perpaduan dalam kalangan pelajar berbilang kaum di Universiti Teknologi Sarawak (UTS).

Naib Canselor UTS Profesor Datuk Dr Khairuddin Abdul Hamid berkata, kampus UTS menempatka­n pelbagai latar belakang dan pengalaman, di mana persahabat­an antara pelajar dan kakitangan­nya terjalin merentasi sempadan budaya.

“Di Sarawak, kita diberkati dengan kepelbagai­an kaum yang terdiri daripada lebih 30 etnik berbeza, setiap satu menyumbang tradisi, bahasa dan adat istiadat kepada warisan budaya kita yang unik.

”Dari kaum Iban, Cina, Melayu, Bidayuh, Melanau, Orang Ulu, Penan, Kayan dan banyak lagi, kita berdiri sebagai contoh cemerlang kepada seluruh negara tentang apa maksud

untuk hidup secara harmoni dan damai bersama.

“Di UTS, kami amat berbangga dalam memupuk semangat pelbagai budaya dalam kalangan pelajar dan kakitangan kami,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Festival Kepelbagai­an Kaum UTS di Dewan Canselor Tun Abdul Taib Mahmud di sini, malam kelmarin.

Festival berkenaan meraikan

empat perayaan utama di Malaysia iaitu Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baharu Cina, Gawai Dayak dan Deepavali.

Sehubungan itu, beliau menggesa para pelajar UTS untuk terus menganjurk­an acara kebudayaan sedemikian untuk menggalakk­an lagi pemahaman dan penghargaa­n terhadap warisan Sarawak yang pelbagai.

“Kita telah menjadi contoh kepada orang lain dalam hal keharmonia­n sosial, keamanan dan hidup bersama sebagai satu keluarga besar yang bahagia.

”Ini kerana kita bukan sekadar rakan sekelas atau rakan sekerja, kita adalah sebuah keluarga yang bersatu atas dasar kemanusiaa­n bersama dan perayaan menerusi perpaduan dalam kepelbagai­an,“katanya.

Sementara itu, majlis berlangsun­g meriah di mana para pelajar mempersemb­ahkan pelbagai tarian kebudayaan masing-masing.

Majlis turut menyaksika­n acara cabutan bertuah, pertanding­an Raja dan Ratu Pakaian Tradisiona­l, pertanding­an reruai tercantik dan lain-lain.

 ?? ?? RAIKAN BERSAMA: Khairuddin bersama tetamu jemputan serta pelajar merakam kenangan pada Festival Kepelbagai­an Kaum UTS di Dewan Canselor Tun Abdul Taib Mahmud, malam kelmarin.
RAIKAN BERSAMA: Khairuddin bersama tetamu jemputan serta pelajar merakam kenangan pada Festival Kepelbagai­an Kaum UTS di Dewan Canselor Tun Abdul Taib Mahmud, malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia