Utusan Borneo (Sarawak)

65 penduduk Rumah Rami Jaritan jayakan Program JIWA MADANI

-

Seramai 65 penduduk Rumah Rami Jaritan di Kampung Selanjan Sebemban di sini menjayakan Program Jalinan Insan Wahana Aspirasi (JIWA) MADANI anjuran Pejabat Penerangan Daerah Sri Aman, kelmarin.

Pegawai Penerangan Daerah Sri Aman Safariza Bujang berkata, program itu bertujuan berkongsi maklumat tentang dasar-dasar kerajaan, termasuk mengedarka­n bahan-bahan risalah terbitan jabatan untuk dikongsika­n dalam kalangan masyarakat.

Menurutnya, menerusi program itu, pihaknya telah berjaya mengedarka­n sebanyak 100 naskah bahan terbitan Jabatan Penerangan Malaysia.

“Program ini merupakan program bulanan Pejabat Penerangan Daerah Sri Aman sebagai usaha pihak kita berkongsi maklumat serta dasar-dasar kerajaan kepada masyarakat,” ujarnya semasa merasmikan program itu.

Sementara itu, Tuai Rumah Rami Jaritan yang juga Pengerusi Komuniti MADANI

Selanjan Sebemban berterima kasih kepada Pejabat Penerangan Daerah Sri Aman atas penganjura­n program yang cukup bermakna buat masyarakat kampung itu.

“Selaku Pengerusi Komuniti MADANI dan tuai rumah panjang ini berterima kasih kepada Pejabat Penerangan Sri Aman atas usaha murni ini.

“Ini adalah satu usaha yang sangat baik dan salah satu platform untuk rakyat mendapatka­n maklumat terkini tentang dasar-dasar kerajaan,” katanya.

Turut hadir pada program tersebut ialah Penolong Pegawai Penerangan Daerah Sri Aman Jessecca Gilbert Bunsu.

Program itu turut dimeriahka­n dengan sesi ceramah, Kuiz Minda, Sembang Santai serta edaran bahan penerbitan.

Ceramah Malaysia MADANI pula disampaika­n oleh Safariza, selain ceramah tentang ‘scammer,’ rabies, denggi, COVID-19 dan peranan komuniti kampung serta rumah panjang.

 ?? ?? MAKLUMAT TERKINI: Safariza (dua kanan) menyampaik­an bahan cetakan Jabatan Penerangan kepada Tuai Rumah Rami (tiga kiri) sambil diperhatik­an oleh ahli JKKK yang lain pada program tersebut.
MAKLUMAT TERKINI: Safariza (dua kanan) menyampaik­an bahan cetakan Jabatan Penerangan kepada Tuai Rumah Rami (tiga kiri) sambil diperhatik­an oleh ahli JKKK yang lain pada program tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia