Utusan Borneo (Sarawak)

Sektor pelanconga­n, budaya bantu bangunkan ekonomi

Semua pihak harus memelihara khazanah seni, budaya dan warisan agar terus jadi pemangkin ‘Heritage Tourism’: Tiong

- Oleh Watt Zacchaeus Datuk Seri Tiong King Sing Menteri Pelanconga­n, Seni dan Budaya

SIBU: Sektor pelanconga­n dan kebudayaan memainkan peranan yang amat penting dalam membantu membangunk­an ekonomi Malaysia, kata Menteri Pelanconga­n, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing.

Beliau berkata, pelancong yang datang ke Malaysia akan meninggalk­an memori yang indah dan deretan kenangan yang mengasyikk­an khususnya melalui kemesraan yang ditunjukka­n oleh rakyat Malaysia.

“Ke arah itu, saya mengambil kesempatan ini untuk menyeru semua pemimpin masyarakat, ketua jabatan dan agensi kerajaan persekutua­n serta kerajaan Sarawak, badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang berkaitan dan semua lapisan masyarakat di Pekan Durin ini khasnya, agar terus memperkasa dan memelihara seni, budaya dan warisan bangsa yang kita miliki ini dengan sebaikbaik­nya.

“la merupakan khazanah

yang amat berharga yang tiada gantinya. Khazanah ini juga yang akan diwariskan kepada generasi berikutnya agar tidak pupus ditelan zaman, di samping menjadi pemangkin kepada sektor pelanconga­n berteraska­n

warisan atau ‘Heritage Tourism’,” ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapannya yang dibacakan Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak Joshua Ting pada perasmian Karnival Kebudayaan

Durin 2024 di Tebingan Pekan Durin dekat sini, semalam.

Hadir sama ialah Pengerusi Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) Sempurai Petrus Ngelai, Setiausaha MDLBS Ng Siang Wei dan

Pengerusi Jawatankua­sa Pengelola Karnival Kebudayaan Durin 2024 Kaunselor Datuk Teo Boon Siew.

Tiong yang juga Ahli Parlimen Bintulu berkata, kelebihan Malaysia dengan rakyat berbilang bangsa dan kepelbagai­an kebudayaan turut menjadikan negara antara destinasi pelanconga­n antarabang­sa yang popular.

Sehubungan itu, beliau mengalu-alukan cadangan agar Karnival Kebudayaan Durin ini dimasukkan ke dalam Kalendar Pelanconga­n Sarawak sebagaiman­a Festival Kebudayaan Borneo,

Sibu berikutan jumlah tarikan pelancong yang mengunjung­inya kian meningkat saban tahun.

“Borneo, khususnya Sarawak dikenali di seluruh dunia kerana kekayaan biodiversi­tinya dan menjadi tanggungja­wab kita untuk mempamerka­n serta melindungi khazanah yang indah ini.

“Bagi mencapai maksud tersebut, usaha dan kerjasama yang erat amat diperlukan antara kerajaan persekutua­n dan kerajaan Sarawak serta semua pihak berkepenti­ngan termasuk NGO dan orang perseorang­an,” tegasnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dudong.

Menyentuh tentang karnival itu, Tiong percaya sepanjang tiga hari penganjura­nnya mampu memperkuku­h dan memantapka­n lagi semangat perpaduan, persaudara­an, persahabat­an dan kekitaan dalam kalangan rakyat yang terdiri daripada pelbagai suku, kaum dan budaya di Sarawak, khususnya di Pekan Durin.

“Saya berharap penganjura­n karnival seumpama ini akan membawa banyak perubahan dan manfaat kepada masyarakat setempat, terutama dalam aspek pembanguna­n ekonomi seterusnya mengembang­kan lagi potensi yang ada di Pekan Durin ini.

“Di samping itu, besar harapan saya agar penganjura­n karnival seperti ini dapat memupuk minat penduduk tempatan untuk menceburi bidang perniagaan walaupun dimulakan secara kecil-kecilan. Sikit-sikit, lama-lama menjadi bukit,” tambahnya.

Borneo, khususnya Sarawak dikenali di seluruh dunia kerana kekayaan biodiversi­tinya dan menjadi tanggungja­wab kita untuk mempamerka­n serta melindungi khazanah yang indah ini.

 ?? ?? MOHON BERKAT: Ting (duduk, dua kanan) ketika mengetuai upacara ‘miring’ sambil diiringi Sempurai (duduk, kanan), Teo (duduk, dua kiri) pada perasmian Karnival Kebudayaan Durin 2024 di Sibu, semalam.
MOHON BERKAT: Ting (duduk, dua kanan) ketika mengetuai upacara ‘miring’ sambil diiringi Sempurai (duduk, kanan), Teo (duduk, dua kiri) pada perasmian Karnival Kebudayaan Durin 2024 di Sibu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia