Utusan Borneo (Sarawak)

Pelita Maslaut bantu tingkat industri perkapalan negara

Kewujudan akademi turut menaik taraf ekonomi penduduk yang menghantar anak mengikuti kursus yang dilaksanak­an

- Oleh Connie Sylvia Mesa Dato Henry Harry Jinep Timbalan Menteri Pengangkut­an

MIRI: Kewujudan akademi latihan khusus dalam pengajian perkapalan seperti Pelita Maslaut Sdn Bhd (Pelita Maslaut) dapat membantu meningkatk­an pembanguna­n industri perkapalan di Sarawak dan Malaysia.

Timbalan Menteri Pengangkut­an Dato Henry Harry Jinep berkata, Pelita Maslaut turut menaik taraf ekonomi penduduk tempatan yang menghantar anak-anak mereka atau menyertai sendiri kursus yang dilaksanak­an di akademi terbabit.

“Terdapat banyak akademi seumpama ini di negara kita, tetapi saya difahamkan bahawa Pelita Maslaut adalah antara yang teratas selepas Akademi Laut Malaysia (ALAM).

“Kita sedia maklum bahawa ALAM adalah sebuah akademi atau pusat latihan yang terulung di rantau ini berdasarka­n maklum balas daripada jabatan-jabatan yang berkaitan dengannya.

“Saya amat berbesar hati kerana terdapatny­a pusat latihan Pelita Maslaut yang memberikan pengajian perkapalan sama ada mengenai bahagian dek ataupun enjin,” ujarnya.

Henry berkata demikian pada Majlis Tamat Latihan Parentis Marin Dek Sesi 39/2024 di Pejabat Pelita Maslaut Miri Lutong, semalam.

Hadir sama ialah Pengarah Pelita Maslaut Sdn Bhd Masni Amit, Pengarah Latihan dan Operasi Pelita Maslaut Sdn Bhd Mohamad Safrin Masni, Timbalan Residen Bahagian Miri Juan Ubin, Ketua Penolong

Pengarah Yayasan Sarawak Watson Chunggat Leonard Doo dan Kaunselor Abdullah Jaini.

Seramai 17 pelatih menerima sijil tamat latihan masingmasi­ng daripada Henry pada majlis tersebut.

Menurut Henry lagi, Pelita Maslaut menyediaka­n dasar pengambila­n secara terbuka serta fleksibel kepada para belia yang berminat dalam bidang pengajian perkapalan.

“Pencapaian Pelita Maslaut amat membanggak­an kerajaan Sarawak kerana telah melaksanak­an tugasnya sejajar dengan mandat yang

telah diamanahka­n oleh Kementeria­n Pengangkut­an Malaysia dan Jabatan Laut Malaysia yang bertanggun­gjawab ke atas Hal Ehwal Keperluan Pelaut Malaysia menerusi latihan-latihan mengikut garis panduan oleh Pertubuhan Maritim

Antarabang­sa.

“Saya juga dimaklumka­n Pelita Maslaut telah operasi semenjak 23 tahun lalu di Sarawak, bermula di Sibu, kemudianny­a dipeluaska­n dengan pembukaan cawanganny­a di Kota Kinabalu dan seterusnya dilebarkan sayap

operasinya di sini, bandar raya Miri,” katanya.

Jelas Henry, Pelita Maslaut turut akan berpindah ke kampus baharunya yang sedang dibina dan dijangka siap pada Jun 2025.

Kampus terbabit akan dilengkapi dengan kemudahan yang boleh memuatkan sehingga 400 pelatih pada satu-satu masa.

“Dengan adanya kampus baharu itu nanti, ia secara langsung akan membantu menyelesai­kan masalah kekurangan pelaut tempatan di samping menampung permintaan industri perkapalan.

“Malah, dengan adanya pelbagai kursus disediakan sama ada bahagian dek atau enjin juga akan memenuhi keperluan pelaut semasa,” katanya.

Justeru katanya, ia turut menandakan Pelita Maslaut telah dan akan terus melahirkan lebih ramai pelaut tempatan yang akan berkhidmat dalam bidang perkapalan sama ada dalam negara mahupun luar negara mengikut keperluann­ya.

“Pelita Maslaut juga sebuah akademi atau pusat latihan yang memberi kembali kepada masyarakat setempat dengan membantu memenuhi minat dan kemahiran golongan belia dalam bidang pelaut,” tambah Henry.

“Saya amat berbesar hati kerana terdapatny­a pusat latihan Pelita Maslaut yang memberikan pengajian perkapalan sama ada mengenai bahagian dek ” ataupun enjin.

 ?? ?? TAHNIAH: Henry menyampaik­an anugerah Pelatih Terbaik kepada Al-Haqkim Furqan Ramzan sambil disaksikan oleh Masni (dua kiri) serta tetamu kehormat lain.
TAHNIAH: Henry menyampaik­an anugerah Pelatih Terbaik kepada Al-Haqkim Furqan Ramzan sambil disaksikan oleh Masni (dua kiri) serta tetamu kehormat lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia