Utusan Borneo (Sarawak)

Rumah terbuka perayaan platform eratkan hubungan kaum: Tiong

-

Rumah terbuka sempena perayaan di negara ini merupakan platform yang merapatkan hubungan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

Menteri Pelanconga­n, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing berkata, sudah menjadi tradisi masyarakat di negara ini mengadakan rumah terbuka sempena perayaan yang mempunyai keistimewa­an tersendiri dalam meraikan kepelbagai­an kaum.

Menurutnya, perpaduan dalam kepelbagai­an rakyat terserlah bukan sekadar menerusi rumah-rumahterbu­kasempena Hari Raya Aidilfitri, malah TahunBahar­uCina,GawaiDayak, Deepavali dan Hari Krismas.

“Saya berbesar hati majlis ini dapat diraikan bersama penduduk kampung,” kata Ahli Parlimen Bintulu dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dudong itu dalam teks ucapan dibacakan Pegawai Khasnya Azman Abdul Rahman pada Majlis Jejak Harmoni Di Aidilfitri 2024 di Balai Raya Kampung Assyakirin Fasa 1, malam kelmarin.

Majlis itu dianjurkan oleh Jawatankua­sa Kemajuan

dan Keselamata­n Kampung (JKKK), Kawasan Rukun Tetangga (KRT), Pendidikan Kesejahter­aanKeluarg­a(PKK) Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Gerakan Belia Kampung Assyakirin Fasa 1 dan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Tanjong Batu.

Tiong berkata, kemeriahan sambutan Aidilfitri masih dirasai meskipun Syawal sudah melewati titik pertengaha­nnya, namun tidak menghalang semua kaum dan bangsa meraikanny­a bersama dengan penuh semangat muhibah.

Sementara itu, Ketua Kaum Kampung Assyakirin Fasa 1 merangkap pengerusi jawatankua­sapenganju­rmajlis,Pengiran Hamdan Pengiran Kerta berkata pihaknya berbesar hati dapat menganjurk­an majlis itu selepas pandemik COVID-19.

“Kita kagum dengan komitmen jawatankua­sa penganjur yang bekerjasam­a menjayakan majlis ini bak kata pepatah berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing,”katanyasam­bilmenzahi­rkan ucapan terima kasih kepada pelbagai pihak yang menyumbang dalam menjayakan

majlis itu.

Turut hadir ADUN Jepak Iskandar Turkee, Timbalan Pengerusi JKKK Kampung Assyakirin Fasa 1 Yusuff Ali, Pengerusi KRT Kampung Assyakirin­Fasa1Moham­adSahari, Pegawai Tadbir Sarawak Ali Hikmatulla­h Khan Ali Sabri yang mewakili Pegawai Daerah Bintulu, Timbalan Ketua PBB Tanjong Batu Sophie Shariee, Exco Pemuda PBB merangkap Ketua Pemuda PBB Tanjong Batu Lyokarto Sikong serta ketua-ketua masyarakat dan kaum.

 ?? ?? RASMI: Azman (dua kanan) bersama Pengiran Hamdan (kanan) serta (dari kiri) Yusuff, Lyokarto dan Ali Hikmatulla­h menyalakan replika meriam buluh sebagai simbolik perasmian Majlis Jejak Harmoni Di Aidilfitri 2024 di Balai Raya Kampung Assyakirin Fasa 1, malam kelmarin.
RASMI: Azman (dua kanan) bersama Pengiran Hamdan (kanan) serta (dari kiri) Yusuff, Lyokarto dan Ali Hikmatulla­h menyalakan replika meriam buluh sebagai simbolik perasmian Majlis Jejak Harmoni Di Aidilfitri 2024 di Balai Raya Kampung Assyakirin Fasa 1, malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia