Utusan Borneo (Sarawak)

KKJTHB Sibu lahir ramai anak yatim berjaya dalam pendidikan: Yusnar

-

Kompleks Kebajikan Juma’ani Tuanku Haji Bujang (KKJTHB) Sibu telah melahirkan ramai anak yatim yang berjaya dalam pendidikan sejak penubuhann­ya.

Menurut Pengerusi KKJTHB Dato Mohamad Yusnar Matalie, seramai 11 penghuni kompleks berkenaan pada tahun lepas berjaya melanjutka­n pengajian ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan politeknik.

Manakala, seorang kini berada di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor bagi melanjutka­n pengajian peringkat Sarjana dalam bidang geoinforma­tik, tambahnya.

“Kita bukan sahaja menyediaka­n tempat tinggal, pakaian, makan dan minum untuk mereka, malah turut memastikan anak-anak di sini mendapat pendidikan yang sempurna.

“Kita harap, dengan kecemarlan­gan yang ditunjukka­n oleh abang dan kakak mereka, anak-anak yang lain akan turut mengikut jejak langkah itu nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Istimewa Syawal bersama KKJTHB anjuran Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) Cawangan Sibu di KKJTHB, semalam.

Di samping aspek akademik, Yusnar berkata kemenjadia­n anak-anak yatim dari segi kokurikulu­m dan bakat diri turut diberi perhatian khusus.

Katanya, beliau sentiasa menggalakk­an anak-anak yatim di kompleks berkenaan bergiat aktif dengan aktiviti sukan dan lain-lain yang boleh meningkatk­an keyakinan diri mereka.

“Mereka telah kehilangan orang tersayang dan ini sudah pasti menyebabka­n mereka hilang sedikit keyakinan diri.

“Sebab itu, menjadi tanggungja­wab kita untuk membangkit­kan keyakinan anakanak ini dengan pelbagai program dan aktiviti di kompleks ini,” katanya.

Justeru, beliau merakamkan penghargaa­n kepada pihak MTPN Cawangan Sibu kerana sudi bekerjasam­a dengan KKJTHB dalam pelbagai hal termasuk pendidikan.

Sementara itu, majlis diserikan dengan kehadiran Kaunselor Syed Hamzah Datuk Wan Hamid mewakili Temenggung Datuk Wan Hamid Edruce dan Datuk Robert Ting King Hung.

Turut hadir dan memberi ucapan ialah Pengerusi MTPN Cawangan Sibu Lucas Lau.

 ?? ?? CERIA: Gambar kenang-kenangan pada Program Istimewa Syawal bersama KKJTHB dan MTPN di Sibu, semalam.
CERIA: Gambar kenang-kenangan pada Program Istimewa Syawal bersama KKJTHB dan MTPN di Sibu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia