Utusan Borneo (Sarawak)

KV Sibu berjaya hasilkan 90.36 peratus kebolehpas­aran graduan kohort 2023

-

Kolej Vokasional (KV) Sibu telah berjaya menghasilk­an sebanyak 90.36 peratus kebolehpas­aran graduan kohort pada 2023.

Pengarahny­a Jamali Muhamad berkata, sejumlah 78.31 peratus graduannya telah bekerja, 6.02 peratus melanjutka­n pengajian, 4.82 peratus menjadi usahawan dan 9.64 peratus masih menunggu penempatan pekerjaan.

“Hal ini seiring dengan matlamat dan hala tuju Kolej Vokasional yang menetapkan ‘outcome’ mestilah 70 peratus bekerja, 20 peratus menyambung pengajian dan 10 peratus menjadi usahawan.

“Kebolehpas­aran graduan Kolej Vokasional Sibu bagi kohort 2021 ialah 92.96 peratus dan kebolehpas­aran bagi kohort 2022 ialah 98.10 peratus,” ujarnya ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Perpaduan MADANI KV Sibu 2024, semalam.

Majlis tersebut disempurna­kan oleh Ahli Lembaga PERYATIMSa­rawakmeran­gkap Pengerusi Kompleks Kebajikan Juma’ani Tuanku Haji Bujang (KKJTHB) Sibu Dato Mohamad Yusnar Matalie.

Jamali berkata, kejayaan Kolej Vokasional boleh diukur berdasarka­n ‘outcome’ atau kemenjadia­n pelajarnya

hasil daripada proses pembelajar­an yang dijalani dan semestinya berdasarka­n Standard Kecemerlan­gan yang telah ditetapkan oleh Latihan dan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET).

“Enrolmen pengambila­n 100 peratus pelajar kohort 2024 bagi kesemua program yang ditawarkan membuktika­n bahawa Kolej Vokasional Sibu telah menjadi salah satu institusi pilihan utama para pelajar dan ibu bapa dalam meraih kejayaan dalam pelajaran dan kerjaya,” ujarnya.

Beliau memberitah­u, status pengiktira­fan KV Sibu setakat ini selaras dengan standard Kementeria­n Pendidikan (KPM), kesemua program yang ditawarkan mendapat pengiktira­fan penuh daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) serta ditauliahk­an lulus penuh sebagai Pusat Bertauliah Cawangan (PBC) oleh Jabatan Pembanguna­n Kemahiran (JPK).

“Oleh itu, kualiti pengajian di Kolej Vokasional tidak usahlah diragukan lagi kerana bidang pengajiann­ya bukan sahaja mengutamak­an kemahiran ‘handson’yangsinoni­mdengan kemahiran ‘hard skill,’ tetapi pelajar juga dituntut untuk menguasai ‘soft skill’ iaitu kemampuan berkaitan komunikasi, keterampil­an, kecerdasan sosial dan emosional, serta cara berinterak­si atau bersosiali­sasi dengan orang lain di dalam dunia kerja,” jelasnya.

Menurutnya lagi, KV Sibu telahmenja­linkan23ke­rjasama, 12memorand­umpersefah­aman (MoU) dan 11 nota kerjasama (NoU)denganindu­strisetemp­at dan luar Sibu.

“Diharapkan dari semasa ke semasa kerjasama strategik ini akan semakin meningkat dan pihak industri semakin terbuka untuk bekerjasam­a dengan Kolej Vokasional Sibu agar agenda akademik Kolej Vokasional setanding dan mampu bersaing dengan institusi pendidikan yang lain di negara ini,” ujarnya.

Turuthadir­padamajlis­tersebut ialah Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Sibu Sektor Pengurusan Goritty Mendong Dagang, Yang Dipertua PIBG KV Sibu Kamarulzai­mie Kamarulzam­an, Pengerusi Masjid Darul Amilin Permai Abang Beniamin Abang Aing dan Pengerusi Masjid Al Muhajirin Sentosa Ramli Hussin.

 ?? ?? KEMERIAHAN LEBARAN: Yusnar (tengah) melakukan gimik perasmian Majlis Rumah Terbuka Perpaduan MADANI Kolej Vokasional Sibu 2024 sambil diperhatik­an Jamali (dua kanan), Goritty (dua kiri) serta yang lain.
KEMERIAHAN LEBARAN: Yusnar (tengah) melakukan gimik perasmian Majlis Rumah Terbuka Perpaduan MADANI Kolej Vokasional Sibu 2024 sambil diperhatik­an Jamali (dua kanan), Goritty (dua kiri) serta yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia