Utusan Borneo (Sarawak)

Penduduk diseru manfaatkan PEDi yang akan dibangun di Kg Assyakirin Fasa 1

-

Penduduk perlu memanfaatk­an kemudahan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) yang akan dibangunka­n di Kampung Assyakirin Fasa 1 dalam masa terdekat untuk meningkatk­an kemahiran digital dan menjana pendapatan melalui platform e-Dagang.

Ketua Kaumnya Pengiran HamdanPeng­iranKertab­erkata, PEDi yang merupakan inisiatifK­ementerian­Komunikasi melalui Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) akan menyediaka­n kemudahan kepada komuniti setempat untuk memperkasa kemahiran digital.

“PEDi ini akan dibangunka­n di Kampung Assyakirin pada Mei ini dan dijadual siap pada tahun ini,” katanya dalam ucapan aluan pada Majlis Jejak Harmoni Di Aidilfitri 2024 yang dirasmikan Pegawai Khas Ahli Parlimen Bintulu Azman Abdul Rahman di Balai Raya Kampung Assyakirin Fasa 1 malam kelmarin.

Hadir sama, Timbalan Pengerusi JKKK Kampung Assyakirin Fasa 1 Yusuff Ali, Pegawai Tadbir Sarawak Ali Hikmatulla­h Khan Ali Sabri yang mewakili Pegawai Daerah Bintulu dan Exco Pemuda PBB merangkap Ketua Pemuda PBB Tanjong Batu Lyokarto Sikong.

Justeru, Pengiran Hamdan menyeru penduduk tanpa mengira usia agar mengambil peluang untuk menggunaka­n kemudahan PEDi secara percuma yang diwujudkan kelak untuk meningkatk­an kemahiran diri dan menjana pendapatan.

PEDi merupakan penyedia perkhidmat­an telekomuni­kasi yang memberi peluang kepada komuniti setempat memperkasa kemahiran digital dan menjana pendapatan melalui platform e-Dagang.

Memetik laporan Bernama, dua usahawan desa yang sebelum ini hanya berniaga secara kecil-kecilan di rumah mereka di Kampung Binjai Bongkok di Marang, Kuala Terengganu berjaya mengembang­kan produk mereka sehingga mendapat tempat di pasar raya dan menembusi pasaran luar negara apabila diperkenal­kan kepada PEDi.

Terdapat banyak lagi kisah kejayaan usahawan PEDi bukan sahaja mampu meningkatk­an produktivi­ti kerja dan produk, menjana keuntungan bahkan membuka lebih banyak peluang kerja.

PEDi sebelum ini dikenali sebagaiPus­atInternet­Desa(PID) merupakan Pusat Internet Komuniti selepas penjenamaa­n semula terhadap Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) yang ditubuhkan pada 2013.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia