Utusan Borneo (Sarawak)

Stesen pertukaran ART bagi projek KUTS sedang dibina di Simpang Tiga

-

Stesen pertukaran Autonomous Rapid Transit (ART) bagi projek Sistem Pembanguna­n Bandar Kuching (KUTS) kini sedang dibina di kawasan Simpang Tiga.

Sarawak Metro Sdn Bhd dalam catatan di Facebookny­a semalam berkata, stesen pertukaran tersebut merupakan sebahagian daripada kerja-kerja pembinaan bagi Laluan Merah dari Kuching Sentral ke Pending.

“Stesen ART ini akan berfungsi sebagai pertukaran bagi Laluan Biru dan Laluan Merah.

“Laluan Merah dari Kuching Sentral ke Pending meliputi jarak 12.3 kilometer (km),” katanya.

Sarawak Metro dalam catatannya juga menyatakan kerja-kerja pembersiha­n tapak kini telah siap.

Manakala, kerja-kerja ujian beban dinamik (PDA) untuk cerucuk persegi konkrit bertetulan­g (RC) dan kerja cerucuk gerudi sedang dijalankan di tapak.

Sementara itu, menurut laporan berita pada 25 Disember tahun lalu, Sarawak Metro menganuger­ahkan syarikat usaha sama terdiri daripada Sri Datai Constructi­on (Sarawak) Sdn Bhd, JT JV Builders Sdn Bhd dan CHEC Constructi­on (M) Sdn Bhd dengan kontrak untuk membina infrastruk­tur bagi Laluan Merah.

Selain membina lorong khusus bagi ART, kontrak bernilai RM943 juta itu juga melibatkan kerja-kerja pelebaran jalan dan kerjakerja infrastruk­tur lain dan pembinaan dijadualka­n siap pada Disember 2026.

Sementara itu, Laluan Biru meliputi jarak 27.6km dari Rembus di Kota Samarahan ke Hikmah Exchange yang terletak di pusat bandar, manakala Laluan Hijau (30km) adalah dari Pending ke Damai.

Pada 20 April lalu, Sarawak Metro turut menyatakan pembinaan Depot ART Rembus dijadualka­n siap pada suku keempat 2025.

 ?? ??
 ?? ??
 ?? ?? PERKEMBANG­AN TERKINI: Gambar-gambar yang dikongsi Sarawak Metro menerusi Facebook menunjukka­n kerja-kerja sedang dijalankan di tapak projek.
PERKEMBANG­AN TERKINI: Gambar-gambar yang dikongsi Sarawak Metro menerusi Facebook menunjukka­n kerja-kerja sedang dijalankan di tapak projek.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia