Utusan Borneo (Sarawak)

Permintaan tinggi, penanaman kopi wajar dipergiatk­an: Chieng

-

Penanaman kopi wajar dipergiatk­an susulan permintaan tinggi dalam pasaran kopi di negeri ini, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek Joseph Chieng Jin Ek.

Beliau berkata, penggemar kopi terdapat di seluruh dunia, malah sebahagian besar daripadany­a adalah di negaranega­ra membangun.

“Sehubungan itu, semakin ramai penggemar minuman kopi di Malaysia, malah Sarawak juga pernah menjadi pengeluar koko dan dimaklumka­n kita juga mengeluark­an biji kopi sendiri di Sarawak.

“Oleh itu, saya percaya kerajaan negeri akan memberi perhatian terhadap potensi pasaran kopi yang mempunyai permintaan pasaran besar, terutamany­a bagi pihak pertanian dalam mempromosi­kan penanaman kopi,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Microwave yang diadakan di SMK Methodist di sini, semalam.

Chieng berkata, promosi penanaman kopi perlu diteruskan agar Sarawak dapat mengeluark­an jenama biji kopi tempatan yang tersendiri seperti pengeluar kopi terkenal dari Amerika Selatan, Afrika dan Timur Tengah.

Sementara itu, pengerusi penganjur Program Microwave Chris Ling berkata, program tersebut yang diadakan selama dua hari pada 27 dan 28 April merupakan acara seni dan budaya untuk edisi terakhir.

“Program yang bertemakan ‘Cup Full of Sunshine’ ini telah mengumpulk­an pencinta kopi dari seluruh kawasan tengah negeri ini.

“Terdapat 44 vendor menyertai Program Microwave

yang menggabung­kan lima elemen utama iaitu pameran seni, pasaran artisan, bengkel kreatif, ceramah kopi dan persembaha­n pentas,” katanya.

Katanya, Program Microwave bukan sahaja tentang acara, malah bertujuan untuk memupuk budaya kreativiti, menyampaik­an mesej kepada generasi akan datang melalui pengalaman kandungan kreatif, merangsang lebih banyak dialog dalam kalangan masyarakat dan sebagainya.

“Dari Januari 2023 hingga April 2024, kami menganjurk­an bersama tujuh acara Microwave di enam tempat berbeza, mempromosi­kan hampir 30 artis, 90 jenama kreatif, 20 bengkel, 20 ceramah kopi dan 40 pemuzik,” tambah beliau.

Hadir sama ialah Pengetua SMK Methodist Philip Ling Swee Nge.

 ?? ?? TERUJA: Chieng melawat salah satu gerai menjual minuman kopi sambil disaksikan Chris (kanan) pada Program Microwave di SMK Methodist, semalam.
TERUJA: Chieng melawat salah satu gerai menjual minuman kopi sambil disaksikan Chris (kanan) pada Program Microwave di SMK Methodist, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia