Utusan Borneo (Sarawak)

Rakyat harus hargai perpaduan: Uggah

Perpaduan merupakan penyumbang besar kepada kemajuan, kestabilan Sarawak

- Timbalan Premier

SPAOH: Rakyat harus menghargai perpaduan sedia ada yang telah menyumbang besar kepada kemajuan dan kestabilan negeri.

Timbalan Premier Datuk

Amar Douglas Uggah Embas berkata, ini menjadi lebih penting sekarang dan lebih banyak usaha sedang dilakukan untuk membawa lebih banyak pembanguna­n dan kemajuan.

“Kita mesti memperkuku­h serta memperting­katkan perpaduan supaya kita kekal ‘segulai sejalai’ bagi membolehka­n kita berjaya menghadapi segala cabaran masa depan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri anjuran masyarakat Melayu di Kampung Spaoh, Betong semalam.

Tambah Uggah, Daerah

Kita mesti memperkuku­h serta memperting­katkan perpaduan supaya kita kekal ‘segulai sejalai’ bagi membolehka­n kita berjaya menghadapi segala cabaran masa depan.

Datuk Amar Douglas Uggah Embas

Kecil Spaoh khususnya dan Bahagian Betong amnya mempunyai masa depan yang sangat menarik dan cerah.

“Di Bahagian Betong seperti di enam bahagian lain misalnya, kita mempunyai Agensi Pembanguna­n Bahagian Betong untuk merangka lebih banyak program pembanguna­n di sini.

“Jadi kita tidak boleh membiarkan mana-mana darah jahat dalam kalangan

kita menghalang proses itu,” katanya.

Uggah juga berkata, beberapa projek pembanguna­n utama di sini akan disiapkan tahun depan.

Antaranya, STOLport Bebuling, Jambatan Paku, Pusat

GIATMARA, Pusat Pengumpula­n, Pemprosesa­n dan Pembungkus­an berhampira­n STOLport dan Pusat Internet Komuniti.

Pada majlis itu, Uggah turut mengumumka­n daerah kecil itu akan mendapat dewan baharu

yang boleh memuatkan 200 meja makan dengan kos RM3 juta.

Beliau turut menyampaik­an geran sebanyak RM50,000 kepada setiap surau di sini, manakala Masjid Darul Syifa menerima RM200,000.

 ?? ?? SIMBOLIK: Uggah (tiga kanan) bersama Ahli Parlimen Betong, Dr Richard Rapu (dua kanan) serta yang lain menyalakan pelita sebagai simbolik perasmian Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri di Kampung Spaoh, Betong semalam.
SIMBOLIK: Uggah (tiga kanan) bersama Ahli Parlimen Betong, Dr Richard Rapu (dua kanan) serta yang lain menyalakan pelita sebagai simbolik perasmian Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri di Kampung Spaoh, Betong semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia