Utusan Borneo (Sarawak)

Akta Laut Wilayah masih sah, terpakai termasuk T’ganu: PMO

Walaupun DUN T’ganu membuat keputusan tolak pemakaiann­ya

- Kenyataan Pejabat Perdana Menteri

KUALA LUMPUR: Akta Laut Wilayah 2012 (Akta 750) masih sah dan terpakai di seluruh Malaysia termasuk di Terengganu, walaupun Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu membuat keputusan menolak pemakaiann­ya, melainkan ia diisytihar­kan sebaliknya oleh mahkamah.

Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam kenyataan semalam menegaskan, adalah menjadi pendirian Kerajaan Persekutua­n bahawa Akta 750 telah dibuat dan diluluskan oleh Parlimen secara sah di sisi Perlembaga­an Persekutua­n.

“Adalah menjadi tanggungja­wab Kerajaan Persekutua­n untuk memastikan hak kedaulatan Malaysia termasuk perairan Malaysia sentiasa dilindungi,” menurut kenyataan itu bagi mengulas beberapa laporan akhbar, yang menyatakan DUN Terengganu telah menolak pemakaian Akta 750.

Kenyataan itu memaklumka­n tujuan Akta 750 digubal adalah bagi mengadakan peruntukan mengenai laut wilayah Malaysia dan memelihara keutuhan sempadan wilayah dan hak kedaulatan

Malaysia, serta bagi menjamin keutuhan keselamata­n dan integriti wilayah.

Menurut kenyataan itu, penggubala­n akta tersebut juga adalah bagi memenuhi obligasi Malaysia di bawah Konvensyen Undang-Undang Laut 1982 (UNCLOS).

“Selaras dengan nilai-nilai Malaysia MADANI, sekali lagi dinyatakan di sini bahawa Kerajaan Persekutua­n sentiasa memberikan peruntukan pembanguna­n kepada semua negeri termasuk Terengganu,” menurut kenyataan itu.

Khamis lepas, Terengganu dilaporkan telah menolak Akta 750 yang mengehadka­n sempadan maritim negeri sehingga tiga batu nautika, iaitu 5.5 kilometer dari kawasan pantai.

Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata sidang DUN menolak Akta Laut Wilayah 2012, kerana ia membataska­n hak negeri menerokai sumber dan hasil melalui sempadan maritim negeri sekadar tiga batu nautika (5.5 kilometer) dari garis air surut wilayah Terengganu. — Bernama

Selaras dengan nilai-nilai Malaysia MADANI, sekali lagi dinyatakan di sini bahawa Kerajaan Persekutua­n sentiasa memberikan peruntukan pembanguna­n kepada semua negeri termasuk Terengganu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia