Utusan Borneo (Sarawak)

PRK: Semua pihak dinasihat elak provokasi, 3R

-

Semua pihak diingatkan agar tidak menimbulka­n sebarang unsur provokasi termasuk memainkan isu 3R (agama, kaum dan raja) yang boleh mencetuska­n ketegangan sepanjang tempoh berkempen bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata semua pihak juga perlu mematuhi undang-undang dan mengawal percakapan ketika berkempen atau berceramah serta menjaga penulisan dalam media sosial.

“Apa juga elemen yang bersifat membinasak­an, yang tidak sesuai diungkap dalam kehidupan masyarakat berbilang kaum, maka kita sarankan semua pihak untuk elak dan jauhkan,” katanya selepas merasmikan Karnival Percegahan

Jenayah di Flat Sri Sabah, Cheras di sini semalam.

Program sehari itu, yang turut diisi dengan acara sambutan Aidilfitri, memfokus kepada elemen pencegahan jenayah dalam kalangan masyarakat setempat.

Saifuddin Nasution turut meminta semua pegawai dan anggota polis yang bertugas sepanjang PRK itu supaya sentiasa mengekalka­n sikap profesiona­l mereka dalam melaksanak­an tanggungja­wab.

“Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain telah pun mengambil langkah awal dengan bertemu pasukan yang bertugas sebagai persediaan menghadapi­sebarangke­mungkinan pada PRK DUN Kuala Kubu Baharu,” katanya.

Setiausaha Agung Pakatan Harapan (PH) itu juga berkata Pang Sock Tao adalah calon tepat bagi mewakili gabungan politik berkenaan berdasarka­n latar belakang akademik dan pengalaman kerja beliau.

“Saya percaya pemilih di KualaKubuB­aharuakanm­embuat penilaian yang munasabah kerana calon ini muda, ada pengalaman kerja yang baik, merupakan anak kelahiran negeri Selangor, ada latar belakang pendidikan yang bagus serta mempunyai pengalaman berkhidmat dalam parti dan dalam kerajaan,” katanya.

PRK DUN Kuala Kubu Baharu bakal menyaksika­n pertanding­an empat penjuru di antara Khairul Azhari Saut (Perikatan Nasional), Pang Sock Tao (PH), Nyau Ke Xin (Bebas) dan Hafizah Zainudin (Parti Rakyat Malaysia).

PRK itu diadakan susulan kematian penyandang­nya, Lee Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lepas akibat kanser. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia