Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan rangka hala tuju beri lebih banyak perlindung­an kepada kanak-kanak

-

Kerajaan akan merangka hala tuju bagi memberikan lebih banyak perlindung­an dari segi undang-undang kepada kanakkanak di negara ini, termasuk bukan warganegar­a.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, hala tuju tersebut diharapkan akan dapat diperoleh menerusi penganjura­n Internatio­nal Symposium on Empowermen­t of Children’s Commission: Strengthen­ing Rights and Safeguardi­ng Futures pada Isnin ini.

Beliau berkata simposium tersebut akan berlangsun­g selama dua hari di Auditorium Pusat Timbang Tara Antarabang­sa Asia (AIAC), Bangunan Sulaiman di Kuala Lumpur.

“Kita akan bawa beberapa pakar dari luar negara yang mewujudkan pejabat child commission­er dan kita akan menilai cara, cabaran mereka hadapi (dalam isu perlindung­an kanak-kanak) supaya kesilapan mereka kita tidak ulang.

“Walaupun kita sudah ada Suruhanjay­aHakAsasiM­anusia Malaysia (SUHAKAM), tetapi kita perlu ada pengkhusus­an. Jadi harapan saya menerusi simposium ini, kita akan dapat hala tuju untuk memberikan lebih banyak perlindung­an dari segi undang-undang kepada kanak-kanak dalam negara kita, sama ada anak Malaysia atau anak bukan warga negara,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Parlimen Pengerang, di sini malam kelmarin.

Beliau berkata simposium tersebut dianjurkan bersama Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri (BHEUU), UNICEF Malaysia, Delegasi Kesatuan Eropah ke Malaysia dan SUHAKAM.

Simposium tersebut disertai penceramah dari pelbagai negara selain dihadiri mantan pengerusi PBB mengenai Hak Kanak-kanak Dr Mikiko Otani.

Antara objektif simposium tersebut diadakan adalah bagi bertukar pandangan tentang cabaran utama berkaitan isu kanak-kanak di Malaysia dan mengenal pasti strategi penyelesai­an yang berkesan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia