Utusan Borneo (Sarawak)

USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km

-

Universiti Sains Malaysia (USM) mencipta rekod dalam Malaysia Book of Records (MBOR) apabila menghasilk­an penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer (km).

Sijil pengiktira­fan diserahkan olehPenolo­ngPengurus­Pemasaran MBOS Jeska Seah kepada Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembanguna­n Pelajar dan Alumni USM Prof Dr Shaharum Shamsuddin dalam satu majlis diadakan di Foyer Perpustaka­an Hamzah Sendut 1 USM, di George Town.

Pengarah Projek Choo Xuan Ping berkata, idea untuk menghasilk­an kaligrafi bertemakan Prelude: Naga’s Quill itu tercetus sejak pertengaha­n tahun lepas sebagai praacara bagi Program Siri Persembaha­n Pentas Persatuan Bahasa Tionghua (PBT) pada Jun depan.

Beliau berkata bagi menjayakan projek berkenaan, lebih 1,000 penuntut terdiri daripada pelbagai bangsa dan etnik termasuk pelajar antarabang­sa yang mengikuti pengajian di USM terlibat dalam penghasila­n kaligrafi itu selain dibantu pelajar sekolah menengah sekitar Pulau Pinang dan orang awam.

“Tema itu mengambil perkataan daripada beberapa bahasa bagi menonjolka­n kemajmukan dan kepelbagai­an kaum di Malaysia di samping merapatkan perpaduan melalui interaksi budaya dalam kalangan pelajar.

“Proses ini mengambil masa tiga hari bermula Isnin dan siap padaRabule­pas,menggunaka­n 28 gulung kertas kaligrafi dengan setiap individu perlu menulis sekurang-kurangnya empat patah simpulan bahasa membawa maksud baik dan positif. Secara keseluruha­n kita dapat mengumpul 3,000 simpulan bahasa ditulis di atas kertas sepanjang 2.68km,” katanya.

Choo berkata cuaca tidak menentu menjadi cabaran utama ketika menyiapkan projek berkenaan selain kekangan masa susulan pelajar perlu menghadiri kuliah.

Sementara itu, Shaharum dalam ucapannya berkata kejayaan dicapai membuktika­n kecemerlan­gan pelajar USM yang tidak terhad dalam bidang akademik sahaja tetapi meliputi kreatif dan inovatif dalam pelaksanaa­n aktiviti kokurikulu­m.

“Kemahirank­epimpinand­an kemahirani­nsaniahyan­gditunjukk­anmerekaju­gamerupaka­n bukti kemampuan luar biasa dalam menghadapi cabaran.

“Ia sekali gus mengaplika­sikan kepelbagai­an budaya negara untuk memperliha­tkan keunikan dan aspirasi mahasiswa,” katanya. — Bernama

 ?? ??
 ?? — Gambar Bernama ?? TERPANJANG: Teng Mun Jing, 23 (kanan) bersama rakannya, Tay Jun Sen, 23 menunjukka­n kaligrafi Cina sepanjang 2.68 KM bertemakan Prelude: Naga’s Quill selepas kaligrafi itu diiktiraf dalam Malaysia Book Of Records (MBOR).
— Gambar Bernama TERPANJANG: Teng Mun Jing, 23 (kanan) bersama rakannya, Tay Jun Sen, 23 menunjukka­n kaligrafi Cina sepanjang 2.68 KM bertemakan Prelude: Naga’s Quill selepas kaligrafi itu diiktiraf dalam Malaysia Book Of Records (MBOR).
 ?? — Gambar Bernama ?? KENANGAN: Mahasiswa Universiti Sains Malaysia (USM) berswafoto dengan kaligrafi cina sepanjang 2.68 KM bertemakan Prelude: Na ga’s Quill selepas kaligrafi itu diiktiraf dalam Malaysia Book Of Records (MBOR) di USM dekat George Town, semalam.
— Gambar Bernama KENANGAN: Mahasiswa Universiti Sains Malaysia (USM) berswafoto dengan kaligrafi cina sepanjang 2.68 KM bertemakan Prelude: Na ga’s Quill selepas kaligrafi itu diiktiraf dalam Malaysia Book Of Records (MBOR) di USM dekat George Town, semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? CIPTA REKOD: Choo menunjukka­n sijil Malaysia Book Of Records (MBOR) di atas pencapaian­nya menghasilk­an penulisan kaligrafi Cna sepanjang 2.68 KM bertemakan Prelude: NagasQuill.
— Gambar Bernama CIPTA REKOD: Choo menunjukka­n sijil Malaysia Book Of Records (MBOR) di atas pencapaian­nya menghasilk­an penulisan kaligrafi Cna sepanjang 2.68 KM bertemakan Prelude: NagasQuill.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia