Utusan Borneo (Sarawak)

Musibah banjir buka peluang usahawan F&B melalui IPR

- Oleh Mohd Khairi Idham Amran

MUSIBAH banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman Haida Abdul Rahman, 48, apabila penyertaan beliau dalam Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) kini memberikan pendapatan bersih mencecah RM5,000 sebulan.

Ibu kepada empat cahaya mata itu berkata sewaktu mengisi masa lapangnya dengan melayari Internet kerana beliau dan keluargany­a terpaksa ditempatka­n di pusat perpindaha­n banjir akibat musibah yang yang melanda negeri ini pada bulan Mac tahun lepas, beliau terjumpa laman sesawang Kementeria­n Ekonomi yang menawarkan penyertaan dalam IPR.

“Saya pun teruslah isi borang ‘online’ dan lepas seminggu dapat ‘feedback’ dari kementeria­n meminta saya menghantar maklumat terperinci serta pengesahan dari penghulu, dan dua bulan selepas itu saya menerima maklum balas daripada pihak kementeria­n lagi, meminta saya mengisi maklumat Google Map pula,” katanya kepada Bernama dalam satu temu bual di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Segamat di Segamat, kelmarin.

Beliau berkata namanya disenarai pendek pada bulan Julai tahun lepas dan pegawai kementeria­n menemu bual serta membuat pemeriksaa­n keadaan rumah beliau pada bulan sama sebelum namanya terpilih sebagai salah seorang dari dua perserta IPR di bawah kategori Inisiatif Usahawan Makanan (INSAN) bagi daerah Segamat pada bulan September.

Anak jati Segamat itu berkata selepas menjalani kursus pada bulan September, beliau dibekalkan dengan mesin layan diri (vending machine) serta tapak untuk mesin berkenaan di UiTM Segamat pada

bulan Oktober.

Katanya mesin berkenaan turut diberi jaminan selama dua tahun dan sebarang kerosakan sepanjang tempoh berkenaan akan ditanggung oleh pembekalny­a.

Haida yang sudah 24 tahun berkecimpu­ng secara kecilkecil­an dalan sektor makanan dan minuman berkata sebelum ini pendapatan yang mampu diraih sebulan tidak melebihi RM2,000 sebulan manakala pendapatan bersih sekitar RM1,500 sebulan, namun sejak menyertai IPR, beliau mampu meraih sehingga

RM2,000 seminggu dan pendapatan bersih sehingga RM5,000 sebulan.

Katanya mesin layan diri yang dibekalkan juga sangat mudah dikendalik­an kerana ia datang dengan aplikasi yang membolehka­n beliau memantau mesin berkenaan dari jauh selain turut menawarkan kaedah pembayaran secara ‘Paywave’ yang memudahkan pembeli sekiranya mereka tidak mempunyai wang tunai.

Haida berkata beliau menambah stok mesin berkenaan dua kali sehari pada

waktu siang dan malam, dengan menu yang berbeza bagi kedua-dua sesi berkenaan bagi mengelakka­n pembeli berasa bosan dengan menu yang disediakan.

Katanya menu pada waktu siang termasukla­h nasi lemak, sandwich dan kuih-muih manakala pada waktu malam, antara menu yang disediakan adalah spaghetti, ‘baby John’ (roti John kecil) dan oblong daging selain makanan Korea seperti bibimbap dan ramen.

“Kita sediakan menu yang mendapat sambutan pembeli terutamany­a para pelajar pada

harga menu Rahmah iaitu di bawah RM5 dan separuh dari menu kita berharga di bawah RM2,” katanya.

IPR yang dilancarka­n oleh Menteri Ekonomi Rafizi Ramli pada Februari tahun lepas bertujuan membantu golongan miskin tegar, miskin dan B40 menjana pendapatan mampan.

Inisiatif ini melibatkan

kerjasama antara kerajaan, rakyat dan rakan strategik selaras dengan pendekatan keseluruha­n negara seperti digariskan dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) serta prinsip Ihsan di bawah Kerangka Dasar Madani.

Selain INSAN, IPR turut menawarkan kategori Inisiatif Usahawan Tani (INTAN) kepada syarikat pertanian, rantaian peruncitan makanan, pengekspor­t, agensi-agensi kerajaan berkaitan dan koperasi serta Inisiatif Operator Perkhidmat­an (IKHSAN) kepada syarikat-syarikat swasta yang memerlukan pekerjapek­erja sambilan untuk tujuan pembersiha­n premis dan premis-premis agensi kerajaan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MUDAH DIKENDALIK­AN: Haida menunjukka­n antara makanan yang dijual kepada penuntut Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Segamat, menggunaka­n Mesin Layan Diri Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) di UiTM dekat Segamat, baru-baru ini.
— Gambar Bernama MUDAH DIKENDALIK­AN: Haida menunjukka­n antara makanan yang dijual kepada penuntut Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Segamat, menggunaka­n Mesin Layan Diri Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) di UiTM dekat Segamat, baru-baru ini.
 ?? — Gambar Bernama ?? BERMANFAAT: Penuntut Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Segamat, Amir Faiz Abdul Hadi (kiri) bersama rakannya membeil makanan di Mesin Layan Diri I(IPR).
— Gambar Bernama BERMANFAAT: Penuntut Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Segamat, Amir Faiz Abdul Hadi (kiri) bersama rakannya membeil makanan di Mesin Layan Diri I(IPR).
 ?? — Gambar Bernama ?? JAWAB: Haida (kiri) ketika ditemui Bernama.
— Gambar Bernama JAWAB: Haida (kiri) ketika ditemui Bernama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia