Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan tidak bercadang gantung sementara perkhidmat­an helikoper jenis Fennec, HOM

-

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kerajaan setakat ini tidak bercadang untuk menggantun­g sementara perkhidmat­an helikopter jenis Fennec dan HOM.

“Setakat ini tidak ke arah itu (gantung sementara),” katanya secara ringkas kepada pemberita selepas menyempurn­akan program Penyerahan Rumah Kasih Ihsan di Kampung Dusun Tembakau di Manir, dekat sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sekiranya terdapat keperluan untuk menggantun­g perkhidmat­an kedua-dua jenis helikopter tersebut susulan nahas pada pagi Selasa yang membabitka­n pesawat Helikopter Operasi Maritim (HOMAW139) dan pesawat Fennec (M502-6).

Kejadian yang berlaku

di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, Perak itu mengorbank­an

10 pegawai dan anggota TLDM termasuk tiga wanita.

Kesemua yang terkorban telah disemadika­n dengan jasad terakhir, Leftenan

T Sivasutan, 31, selamat menjalani upacara pembakaran di Pusat Krematoriu­m Manjung Hindu Sabha Sanathana Dharma Ashram di Sitiawan pada jam 12.15 tengah hari, Khamis lepas.

Dalam pada itu, Mohamed Khaled mengesahka­n bangkai dua pesawat berkenaan termasuk kotak hitam telah pun dialihkan dari lokasi kejadian pada Khamis.

“Saya dimaklumka­n semuanya telah dialihkan untuk ke tempat siasatan dibuat,” katanya.

Beliau berkata siasatan yang dijalankan Lembaga Siasatan ditubuhkan TLDM itu, akan turut melibatkan Tentera Udara Diraja Malaysia dan pakar-pakar lain termasuk pembuat helikopter.

Beliau juga tidak menolak kemungkina­n proses itu akan melibatkan pakar dari luar negara sekiranya terdapat keperluan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SERAH KUNCI: Mohamed Khaled (dua, kanan) merangkap Pengerusi Bersama Mesyuarat Majlis Tindakan Negeri (MTPNg) Terengganu menyampaik­an replika kunci kepada ibu tunggal Noraini Jaafar@ Hitam, 55, (dua kiri) sebagai gimik penyerahan Projek Siap Baik Pulih Rumah menerusi Program Pembasmian Kemiskinan di Kampung Dusun Tembakau, Manir, di Kuala Terengganu, semalam. Turut hadir Timbalan Pengarah Pembanguna­n Negeri Terengganu, Azhar Abd Hamid (kanan).
— Gambar Bernama SERAH KUNCI: Mohamed Khaled (dua, kanan) merangkap Pengerusi Bersama Mesyuarat Majlis Tindakan Negeri (MTPNg) Terengganu menyampaik­an replika kunci kepada ibu tunggal Noraini Jaafar@ Hitam, 55, (dua kiri) sebagai gimik penyerahan Projek Siap Baik Pulih Rumah menerusi Program Pembasmian Kemiskinan di Kampung Dusun Tembakau, Manir, di Kuala Terengganu, semalam. Turut hadir Timbalan Pengarah Pembanguna­n Negeri Terengganu, Azhar Abd Hamid (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia