Utusan Borneo (Sarawak)

Kementeria­n Perpaduan lancar Inisiatif Harmoni MADANI

Bertujuan membudayak­an amalan menyebarka­n mesej keharmonia­n dan muhibah antara penganut pelbagai agama

- Datuk Aaron Ago Dagang Menteri Perpaduan Negara

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Perpaduan Negara (KPN) semalam melancarka­n Inisiatif Harmoni MADANI bertujuan meningkatk­an kefahaman rakyat Malaysia mengenai kepelbagai­an agama, budaya dan adat resam di negara ini.

Menterinya Datuk Aaron Ago Dagang berkata, inisiatif itu juga bertujuan membudayak­an amalan menyebarka­n mesej keharmonia­n dan muhibah antara penganut pelbagai agama.

Beliau berkata pelbagai program dirangka bagi melaksanak­an usaha itu seperti jelajah turun padang dan wacana mengetenga­hkan konsep asas integrasi nasional iaitu ‘Faham, Hormat dan Terima’ bagi memastikan budaya keharmonia­n antara masyarakat sentiasa terpelihar­a.

“Kepelbagai­an merupakan warisan sejarah pembentuka­n masyarakat Malaysia yang seharusya dirai dan dipelihara agar perpaduan dan keharmonia­n dapat dikekalkan.

“Walaupun wujud perbezaan daripada kepelbagai­an yang menjadi cabaran dalam mengukuhka­n perpaduan namun jika ianya diuruskan dengan baik, kepelbagai­an ini menjadi kekuatan negara dalam membentuk masyarakat Malaysia yang harmoni dan bersatu-padu,” katanya pada Majlis Pelancaran Inisiatif Harmoni MADANI di sini, semalam.

Sempena pelancaran inisiatif itu, Aaron dan timbalanny­a K. Saraswathy bersama kirakira 100 peserta berjalan kaki mengunjung­i tujuh rumah ibadat seperti surau, kuil, tokong dan gereja di sekitar Brickfield­s sebagai simbolik kesatuan dan kebersamaa­n rakyat Malaysia.

Kunjungan sedemikian sebelum ini telah dilaksanak­an di beberapa lokasi di seluruh negara dan akan diteruskan di Sabah pada Mei ini, Sarawak dan Perlis pada Jun serta Melaka pada November.

Sementara itu, Aaron berkata kementeria­nnya sedang memuktamad­kan penganjura­n Sambutan Hari Toleransi Sedunia yang akan diadakan di Melaka pada 16 Nov depan. — Bernama

Kepelbagai­an merupakan warisan sejarah pembentuka­n masyarakat Malaysia yang seharusya dirai dan dipelihara agar perpaduan dan keharmonia­n dapat dikekalkan.

 ?? — Gambar Bernama ?? PENGHARGAA­N: Aaron (dua kanan) menyampaik­an sjil penghargaa­n kepada Venerable Jue Cheng (dua kiri) atas penyertaan menyertai Program Jejak Harmoni Perdana sempena Pelancaran Inisiatif Harmoni MADANI di Kuala Lumpur, semalam. Turut hadir Timbalan Menteri Perpaduan Saraswathy Kandasami (kiri) dan Ketua Setiausaha Kementeria­n Perpaduan Negara Datuk Azman Mohd Yusof (kanan).
— Gambar Bernama PENGHARGAA­N: Aaron (dua kanan) menyampaik­an sjil penghargaa­n kepada Venerable Jue Cheng (dua kiri) atas penyertaan menyertai Program Jejak Harmoni Perdana sempena Pelancaran Inisiatif Harmoni MADANI di Kuala Lumpur, semalam. Turut hadir Timbalan Menteri Perpaduan Saraswathy Kandasami (kiri) dan Ketua Setiausaha Kementeria­n Perpaduan Negara Datuk Azman Mohd Yusof (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia