Utusan Borneo (Sarawak)

Tiada tepung di pasaran mengandung­i benzoil peroksida melebihi kadar dibenarkan: KKM

-

Tiada manamana jenama tepung di pasaran tempatan mengandung­i benzoil peroksida melebihi paras yang dibenarkan di bawah undang-undang, menurut Kementeria­n Kesihatan (KKM).

KKM dalam kenyataan semalam memaklumka­n Peraturan-Peraturan Makanan 1985 di bawah Akta Makanan 1983 membenarka­n penggunaan benzoil peroksida sebagai bahan penyesuai makanan di bawah aditif makanan dalam tepung pada kadar tidak melebihi 50 miligram/ kilogram (mg/kg).

“Suruhanjay­a Codex Alimentari­us (CAC) iaitu badan antarabang­sa yang ditubuhkan di bawah Program Standard Makanan Pertubuhan Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (FAO) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pula telah membenarka­n penggunaan benzoil peroksida dalam tepung gandum pada kadar tidak melebihi 60 mg/kg.

“Dalam hal ini, penggunaan benzoil peroksida telah dinilai dan disahkan selamat untuk digunakan dalam makanan dalam jumlah tertentu di Malaysia dan luar negara oleh badan penilai antarabang­sa iaitu Jawatankua­sa Pakar Mengenai Bahan Tambah Makanan (JECFA),” menurut kenyataan itu

Menurut KKM, pihaknya mengambil maklum isu yang ditularkan semula di media sosial berkaitan penggunaan benzoil peroksida dalam tepung gandum yang didakwa boleh menjejaska­n kesihatan.

Perkara tersebut menurut kementeria­n itu telah dijelaskan dalam dua kenyataan media yang dikeluarka­n sebelum ini iaitu pada 2012 dan 2017 bagi mengelakka­n kekeliruan awam.

Kenyataan itu turut menyebut KKM sentiasa bersedia dan akan mengambil tindakan sewajarnya sekiranya terdapat bukti saintifik terkini daripada badan-badan antarabang­sa seperi Codex dan JECFA yang membuktika­n mana-mana bahan makanan adalah berbahaya kepada kesihatan.

KKM juga sentiasa melaksanak­an pemantauan ke atas pelbagai jenama tepung di pasaran bagi memastikan kandungan benzoil peroksida dalam kadar yang dibenarkan.

“KKM sentiasa peka dan prihatin terhadap perkaraper­kara yang boleh mengancam keselamata­n pengguna.

“Sekiranyap­enggunamem­punyai sebarang kemusykila­n berhubung sebarang isu keselamata­n makanan, pengguna boleh menghubung­i manamana pejabat kesihatan daerah, jabatan kesihatan negeri terdekat atau melayari laman sesawang serta Facebook Program Keselamata­n dan Kualiti Makanan,” menurut KKM. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia