Utusan Borneo (Sarawak)

10 terbunuh dalam kebakaran penempatan gelandanga­n

Hotel yang tidak beroperasi digunakan sebagai pusat penempatan gelandanga­n sementara di bandar Porto Alegre

-

PORTO ALEGRE: Sekurang-kurangnya 10 orang telah terkorban pada Jumaat dalam satu kebakaran yang berlaku di sebuah hotel yang tidak beroperasi telah digunakan sebagai sebuah pusat penempatan gelandanga­n sementara di bandar Porto Alegre di selatan Brazil, kata pihak berkuasa.

Pihak berkuasa kesihatan menyatakan sekurangku­rangnya 13 orang lagi telah tercedera dalam kebakaran itu dan dibawa ke beberapa buah hospital tempatan, beberapa orang dalam keadaan kritikal.

Penempatan itu tidak memiliki satu permit untuk beroperasi dan satu rancangan pencegahan kebakaran, kata jabatan bomba bagi

kawasan Rio Grande do Sul, di mana bandar utamanya adalah Porto Alegre.

“Ia berlaku dengan sangat

cepat. Orang ramai menjerit ‘api!’ Semasa saya melihatnya, ia telah berada dua pintu dari tempat saya. Saya berlari keluar secepat yang saya mampu, kerana telah terdapat banyak asap,” seorang penghuni tidak dikenali di bangunan itu memberitah­u laman berita G1.

Kebakaran berlaku pada kira-kira jam 2:00 pagi waktu tempatan, menurut pihak berkuasa. Pihak bomba mengambil masa kira-kira tiga jam untuk mengawalny­a.

“Pakar forensik telah berada di tempat kejadian bagi mengenal pasti mangsa dan menyiasat puncanya,” menurut pihak jabatan bomba dalam satu kenyataan.

Seorang jurugambar AFP di tempat kejadian pada awal Jumaat melihat beberapa orang anggota bomba yang masih bertugas di sekitar bangunan tiga tingkat yang separa musnah dan hangus teruk.

Gambar di dalam media Brazil dari semalaman menunjukka­n bangunan yang dimakan api ketika anggota bomba berusaha untuk memadamkan­nya.

Presiden Luiz Inacio Lula da Silva menyampaik­an ucapan takziahnya kepada keluarga mangsa, menyatakan tragedi tersebut memberikan dia “kesedihan”, dalam satu mesej menerusi X, terdahulun­ya Twitter.

Datuk Bandar Porto Alegre Sebastiao Melo mengumumka­n hari perkabunga­n rasmi selama tiga hari di bandar tersebut.

Gabenor Negeri Eduardo Leite menyatakan beliau berasa “sangat terkejut” dengan kejadian itu.

“Kami akan terus bekerja untuk susulan tentang tragedi ini dan menyiasat puncanya,” tulis beliau di dalam X, menyatakan jabatan bomba telah menghantar lima buah trak dan beberapa orang anggota bomba ke tempat kejadian.

Anggota perundanga­n negeri Matheus Gomes menuduh kerajaan bandar sebagai memberikan dana kepada penempatan gelandanga­n walaupun ia telah berdepan laporan mengenai pelanggara­n peraturan “selama beberapa tahun.”

“Perlu dilakukan siasatan bukan sahaja mengenai kebakaran, namun semua perkara berkaitan dengan tragedi ini,” tulis beliau menerusi X.

Bangunan itu dimiliki oleh sebuah rangkaian bagi hotel bajet yang seperti asrama belia di Porto Alegre.

Kebakaran maut itu muncul 11 tahun selepas satu lagi kebakaran di wilayah Rio Grande do Sul.

Pada 2013, 242 orang telah terkorban di kelab malam Kiss di pekan Santa Maria ketika percikan dari sebuah suar yang dinyalakan oleh sebuah kumpulan muzik semasa satu konsert membakar bahagian siling, memerangka­p beratusrat­us orang di dalam ketika bangunan itu terbakar.

Pihak penyiasat mendapati kelab itu kekurangan alat pemadam api yang berfungsi dan tidak mempunyai pintu kecemasan yang sepatutnya. Empat orang telah didapati bertanggun­gjawab dan dijatuhkan hukuman penjara selama 18 hingga 22 tahun. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? SIASAT: Anggota bomba berada di dalam bangunan yang separa musnah di Porto Alegre, Brazil untuk mengenal pasti punca kejadian.
— Gambar AFP SIASAT: Anggota bomba berada di dalam bangunan yang separa musnah di Porto Alegre, Brazil untuk mengenal pasti punca kejadian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia