Utusan Borneo (Sarawak)

Wanita cedera ditikam, menteri terlibat kemalangan kereta di Israel

- Hamas. — AFP

Seorang wanita telah ditikam dan penyerangn­ya dibunuh berhampira­n bandar Tel Aviv di Israel pada Jumaat, ketika Menteri Keselamata­n Negara haluan kanan di negara ini Itamar Ben Gvir telah tercedera dalam satu kemalangan kereta ketika beliau pulang dari memberikan taklimat kepada wartawan di tempat kejadian, kata pihak berkuasa.

Wanita muda telah ditikam di bandar Ramla dan telah dibawa ke hospital, kata polis dan paramedik. Mereka menyatakan penyerang telah terbunuh, tanpa memberikan maklumat lanjut.

“Kami menerima seorang wanita yang tercedera dari tembakan dan kecederaan ditikam dalam usia 20-an,” Ortal Sheffer, seorang doktor di Pusat Perubatan Shamir (Assaf Harofe) menyatakan dalam satu kenyataan video yang dikongsika­n oleh pihak hospital.

Sheffer tidak menjelaska­n bagaimana wanita itu mengalami kecederaan akibat tembakan, namun menyatakan dia berada dalam keadaan stabil.

Dalam perjalanan­nya pulang selepas memberikan taklimat kepada wartawan di tempat kejadian, menteri Ben Gvir dan tiga orang lagi telah tercedera dalam satu kemalangan kereta yang mengejutka­n.

“Empat kecederaan tambahan tiba hasil dari sebuah kenderaan terbalik, termasuk Menteri Itamar Ben Gvir,” kata Sheffer.

Mereka “tiba dalam keadaan cedera ringan” namun akan terus berada di hospital bagi pengawasan semalaman, tambah Sheffer.

Seorang jurugambar AFP di tempat kejadian melihat dua buah kereta yang rosak, sebuah darinya terbalik.

Media Israel melaporkan Ben Gvir telah menaiki kenderaan ini.

Polis menyatakan jabatan trafik sedang menyiasat satu “kemalangan di Ramla.

Melibatkan dua buah kenderaan, termasuk kenderaan Menteri Keselamata­n Negara.”

Ben Gvir telah mengadakan satu sidang media di tempat kejadian tikaman, menyatakan seorang warga awam telah membunuh penyerang dan mendakwa bahawa “senjata telah menyelamat­kan nyawa.”

“Saya berada dalam keadaan terkejut ketika saya mengetahui bahawa orang awam itu telah mendapat senjatanya pada empat bulan lepas sebagai sebahagian dari reformasi senjata yang saya nyatakan,” menurut Ben Gvir.

Seorang jurugambar AFP di tempat kejadian tikaman melihat satu beg mayat dan ramai anggota polis.

Perkhidmat­an perubatan kecemasan Magen David Adom di Israel menyatakan ia telah dimaklumka­n mengenai kejadian tikaman di Harduf Street pada sekitar jam 4:20 petang waktu tempatan. Pihak perubatan merawat “wanita dalam keadaan serius namun msih sedar dengan satu luka akibat kelaran di bahagian atas badannya” dan membawa dia ke hospital, menurut seorang jurucakap.

Beberapa serangan pisau berbahaya telah berlaku di sekitar Israel dan Tebing barat yang ditawan sejak peperangan di Gaza meletus berikutan serangan Hamas pada 7 Oktober di selatan Israel.

Serangan Hamas membawa kepada kematian 1,170 orang di Israel, kebanyakan­nya adalah warga awam, menurut kepada kiraan AFP berdasarka­n kepada jumlah rasmi dari Israel.

Serangan balas Israel telah membunuh sekurangku­rangnya 34,356 orang di Gaza, kebanyakan wanita dan kanak-kanak, menurut pihak kementeria­n kesihatan di wilayah yang ditawan oleh

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia