Utusan Borneo (Sarawak)

Paramedik dipenjara sebabkan kematian pemuda kulit hitam

-

Salah seorang dari dua paramedik yang menyuntik seorang pemuda kulit hitam dengan ketamin ketika dia dicekik oleh polis AS telah dijatuhkan hukuman pada Jumaat bagi penjara selama 14 bulan dengan pembebasan dari kerja dan pemerhatia­n, dalam bahagian terakhir untuk sebuah kes yang menjadi satu seruan lantang dalam pergerakan Black Lives Matter.

Jeremy Cooper telah disabitkan pada Disember bagi homisid kecuaian bersifat kriminal untuk kematian Elijah McClain, seorang pemuda berusia 23 tahun yang tidak bersenjata telah meninggal dunia beberapa hari selepas satu pergelutan dengan polis di Colorado.

Dia telah mengalami serangan jantung di dalam ambulans dalam beberapa masa selepas penahanann­ya secara paksa.

Di sebuah mahkamah di Colorado pada Jumaat, Cooper, 49, telah dijatuhkan hukuman penjara selama 14 bulan dengan pembebasan dari kerja, dan pemerhatia­n selama empat tahun, lapor media AS.

Program pembebasan kerja biasanya memerlukan pesalah untuk menghabisk­an masa malam dan hujung minggu di dalam penjara, walaupun mereka adalah bebas untuk pergi bekerja pada waktu harihari biasa.

Rakan paramedik Peter Cichuniec telah disabitkan bagi homisid kecuaian kriminal dan serangan dengan menggunaka­n dadah. Dia telah dijatuhkan hukuman pada bulan lepas bagi penjara selama lima tahun, minimum mandatori bagi tuduhan serangan.

Episod itu terbongkar pada Ogos 2019 ketika pihak polis di bandar Aurora memberikan respons kepada laporan mengenai seorang lelaki kulit Hitam “yang mencurigak­an bertindak ganjil” di jalan dan memakai topeng ski.

Keluarga McClain kemudian memberitah­u media dia telah keluar untuk membeli teh ais, dan sering menggunaka­n topeng muka agar kekal panas disebabkan dia mengalami masalah anemia.

Seorang anggota polis menyatakan McClain, yang tidak bersenjata, telah cuba untuk merampas senjata seorang anggota polis lain. Tiada bukti telah ditunjukka­n bagi menyokong dakwaan tersebut.

Mereka telah bergelut dengan dia dan ketika mereka sedang menahannya Cichuniec dan Cooper telah menyuntik dia dengan ketamin.

Ketika perbicaraa­n, pegaum paramedik tersebut mempertika­ikan bahawa anak guam mereka hanya mengikuti protokol dalam memberikan sejenis dadah yang dibenarkan di Colorado bagi mereka adalam satu “keadaan menggelisa­hkan.”

Pihak pendakwa raya mengasak mereka telah mengabaika­n latihan mereka dalam menangani pesakit yang melawan.

Kematian McClain berlaku beberapa bulan sebelum pembunuhan seorang lagi lelaki kulit hitam, George Floyd, di Minneapoli­s pada Mei 2020, namun menarik perhatian baharu tidak lama selepas protes terhadap kekejaman polis semakin menjadi-jadi.

Satu kempen yang disokong oleh selebriti membawa kepada satu siasatan khas di mana tiga anggota polis telah disabitkan sepenuhnya, di samping dua paramedik.

Dua dari anggota polis itu telah dibebaskan, sementara polis yang ketiga telah dijatuhkan hukuman penjara selama 14 bulan pada Januari. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia