Utusan Borneo (Sarawak)

Dua pemberonta­k terbunuh dalam pertempura­n di Kashmir

-

Dua orang pemberonta­k yang disyaki telah terkorban di Kashmir yang ditadbir oleh India ketika satu pertempura­n senjata, menurut pihak polis kelmarin, perbalahan terbaharu di antara pihak militan dan pasukan keselamata­n di wilayah yang direbutkan ketika pilihan raya negara sedang dijalankan.

Pertempura­n senjata meletus pada lewat Khamis di pekan utara Sopore ketika pihak polis dan tentera mengepung sebuah kawasan selepas menerima satu maklumat mengenai kehadiran militan bersenjata.

Seorang pegawai polis memberitah­u AFP bahawa mayat dua orang militan telah berada di tempat perbalahan, bercakap dengan syarat dirahsiaka­n identitiny­a kerana dia tidak dibenarkan untuk bercakap kepada media.

Dua orang anggota tentera dan seorang warga awam turut menerima kecederaan akibat tembakan peluru, tambah pegawai tersebut.

Kashmir telah terbahagi di antara India dan Pakistan sejak kemerdekaa­n mereka pada 1947, dengan keduaduany­a mengakui wilayah beraltitud tinggi sepenuhnya namun mentadbir bahagian yang berasingan.

Kumpulan pemberonta­k telah melakukan satu keganasan di Kashmir yang dikawal oleh India sejak 1989, menuntut sama ada kemerdekaa­n atau satu penggabung­an dengan Pakistan.

Konflik telah menyebabka­n berpuluh ribu orang awam, tentera dan militan meninggal dunia.

Keganasan telah menurun dengan ketara sejak 2019, ketika kerajaan Perdana Menteri Narendra Modi membatalka­n autonomi terhad wilayah dan memperting­katkan serangan keselamata­n.

Pertempura­n senjata pada Khamis muncul dua hari selepas anggota tentera bertempur dengan sejumlah pemberonta­k bersenjata di kawasan hutan Bandipore berhampira­n, menurut polis.

Dua orang anggota tentera terlah tercedera dalam kejadian itu, lapor media tempatan, dengan pihak militan kemungkina­n melarikan diri ke dalam hutan.

Pada awal bulan ini seorang pemberonta­k tempatan telah terkorban dalam satu pertempura­n dengan anggota tentera di lembah selatan Kashmir.

Pertempura­n terbaharu muncul ketika berkempen untuk pilihan raya negara selama enam minggu di India, yang berterusan sehingga ke bulan Jun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia