Utusan Borneo (Sarawak)

Ten Hag simpati dengan Rashford

-

LONDON: Erik ten Hag kelmarin menyatakan bahawa dia merasai “sangat simpati” untuk Marcus Rashford ketika pengurus Manchester United itu meminta orang ramai menyokong pemain penyerangn­ya yang selalu tersasar itu.

Pemain berusia 26 tahun itu menjaringk­an 30 gol sepanjang musim lalu dan dihadiahka­n dengan perjanjian baharu sehingga 2028, tetapi kini prestasiny­a merosot secara mendadak.

Rashford hanya berjaya menjaringk­an lapan gol dalam 40 penampilan untuk kelab zaman kanak-kanaknya dalam musim semasa dan peminat mengejekny­a semasa perlawanan kemenangan separuh akhir Piala FA menentang Coventry minggu lalu.

Pemain antarabang­sa England itu, menulis dalam Players’ Tribune pada Februari, berkata: “Jika anda menyokong saya, bagus. Jika anda meragui saya, lebih baik.”

Menjawab catatan di media sosial X yang menggelar layanan terhadap Rashford sebagai “benar-benar menjijikka­n”, “kejam” dan “pembulian”, penyerang United itu berkata: “Saya menghargai sokongan anda! Ia pembulian dan ia sudah belarutan selama berbulanbu­lan. Cukuplah. “

Ten Hag, bercakap pada sidang akhbar pra-perlawanan­nya, berkata dia empati dengan nasib Rashford.

“Tahun lalu dia mengharung­i musim yang cemerlang. Saya rasa musim terbaik dalam kariernya, dia menjaringk­an 30 gol, jadi di sana kita boleh lihat kemampuann­ya,” kata jurulatih Belanda itu.

“Musim ini dia tidak memberikan persembaha­n dan kemudian orang ramai mengkritik­nya, dan saya fikir kami perlu menyokongn­ya.

“Semua orang harus menyokongn­ya dan mendorongn­ya untuk kembali ke tahap seperti tahun lalu.”

Rashford, yang terlepas kemenangan 4-2 menentang Sheffield United pada pertengaha­n minggu, sekali lagi tidak akan dapat bermain apabila pasukan United yang dilanda kecederaan menerima kunjungan pasukan kedua tercorot, Burnley pada hari Sabtu.

Anak buah Ten Hag, yang berhasrat untuk layak ke bola sepak Eropah musim depan, berada di tempat keenam dalam carta Liga Perdana.

Ditanya sama ada dia menjangkak­an dua pemain pertahanan tengah akan tersedia untuk perlawanan itu, Ten Hag berkata sambil ketawa pasrah: “Tidak. Skuad yang sama selain Mason Mount. Dia akan kembali ke dalam skuad.”

Dengan Victor Lindelof, Raphael Varane, Willy Kambwala, Jonny Evans dan Lisandro Martinez masih tidak hadir, Casemiro bersedia untuk memulakan perlawanan sebagai pemain pertahanan tengah sementara.

Ten Hag menjangkak­an Martinez akan kembali untuk baki musim termasuk dalam perlawanan final Piala FA menentang Manchester City, bersama-sama dengan Luke Shaw dan Anthony Martial yang sudah lama tidak hadir.

“Saya fikir kita akan melihat mereka pada musim ini,” katanya tentang ketiga-tiga mereka. “Mereka kembali, ketiga-tiganya akan ke padang.”

 ?? ?? RASHFORD
RASHFORD

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia