Utusan Borneo (Sarawak)

Pochettino seru Chelsea untuk buktikan diri pada baki minggu terakhir musim ini

-

Mauricio Pochettino berkata dia dan pemain Chelseanya yang sedang bergelut mesti menggunaka­n minggu-minggu terakhir musim hambar mereka untuk membuktika­n bahawa mereka layak kekal di kelab itu.

Kekalahan 0-5 The Blues oleh pendahulu Liga Perdana, Arsenal pada hari Selasa menandakan kekalahan paling teruk Chelsea dalam tempoh lebih lima tahun.

Penghinaan itu berlaku beberapa hari selepas mereka tersingkir daripada separuh akhir Piala FA di tangan Manchester City, sekaligus menjadikan ini musim ketiga berturut-turut mereka tidak memenangi trofi utama domestik atau Eropah.

Masih ada kemungkina­n untuk layak ke Liga Europa atau Liga Konferensi musim depan.

Tetapi selepas mereka kalah di Stadium Emirates, pengurus Chelsea, Pochettino telah ditinggalk­an dengan skuad yang tercalar emosi yang dituduh kurang memberi pertarunga­n.

Jurulatih Argentina itu berkata ada sebulan kritikal menanti mereka, bukan sahaja untuknya tetapi untuk pemainnya jika mereka mahu meyakinkan kelab bahawa mereka berhak kekal di Stamford Bridge.

“Nampaknya hanya saya yang perlu membuktika­n (diri saya), bukan?” katanya. “Selalunya jurulatih perlu membuktika­n dia layak berada

di sini musim depan.

“Tetapi kami semua bertanggun­gjawab atas situasi itu. Kami semua perlu membuktika­n bahawa kami layak berada di sini musim depan.”

Pochettino berkata dia menjangkak­an Cole Palmer tersedia untuk lawatan hujung minggu ini ke Aston Villa pasukan tempat keempat selepas penjaring terbanyak liga itu terlepas aksi kekalahan Arsenal kerana sakit.

Tetapi keadaan senarai kecederaan Chelsea tidak menunjukka­n tanda-tanda untuk bertambah baik. Seramai 12 pemain mungkin tidak hadir untuk perlawanan Villa, dengan kehadiran Raheem

Sterling dan Carney Chukwuemek­a juga diragui.

Enzo Fernandez akan terlepas baki musim ini selepas menjalani pembedahan pangkal paha.

Pochettino berdepan tugas berat dengan skuad yang tidak bermaya ketika dia cuba mengejar tempat dalam pertanding­an Eropah.

Bagaimanap­un, dia bertegas bahawa apa-apa jua halangan yang menghalang Chelsea, kekurangan motivasi dalam kalangan pemain bukanlah salah satu daripadany­a.

“Jika kami fikir kami bertanggun­gjawab untuk memotivasi­kan pemain? Wow, itu sukar diterima,” katanya.

“Jika kamu bermain untuk Chelsea, motivasi itu sudah ada sungguhpun semasa bermain perlawanan persahabat­an.

“Jika kamu bertanya kepada saya ‘adakah kita perlu memotivasi­kan pemain untuk bermain esok, atau selepas esok?’, maka kita mempunyai masalah besar. Saya tidak percaya masalahnya ialah motivasi.

“Masalahnya ialah mempunyai kebolehan untuk beraksi. Kita tidak boleh memberi mereka alasan untuk tidak beraksi dan tidak fokus.

“Tetapi pada masa yang sama, kami hanya sekumpulan manusia. Kami bukan mesin.”

 ?? — Gambar AFP ?? PERLU ELAK KESILAPAN: Pochettino (kanan) memberikan arahan kepada Gallagher pada perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Arsenal pada 23 April lalu.
— Gambar AFP PERLU ELAK KESILAPAN: Pochettino (kanan) memberikan arahan kepada Gallagher pada perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Arsenal pada 23 April lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia