Utusan Borneo (Sarawak)

Nuno mahu pengadil tidak terlalu bergantung kepada bantuan VAR

-

Jurulatih Nottingham Forest, Nuno Espirito Santo mahu pengadil menjadi lebih berani dalam membuat keputusan dan bukannya bergantung kepada video bantuan pengadil (VAR) selepas kelab itu terlibat dalam pertelingk­ahan tentang pengadilan.

Forest yang terancam di zon penyingkir­an berang kerana tidak diberikan tiga penalti semasa mereka kalah 0-2 kepada Everton di Liga Perdana hujung minggu lalu.

Kelab menyifatka­n keputusan itu sebagai “sangat teruk” dan mengatakan bahawa pegawai VAR, Stuart Attwell ialah seorang peminat Luton, kumpulan yang juga sedang berjuang untuk mengelak penyingkir­an divisyen.

Forest, yang menjadi tuan rumah Manchester City pada hujung minggu ini, kini berdepan pertuduhan daripada Liga Perdana dan Persatuan Bola Sepak.

Nuno percaya pengadil mengelak daripada membuat keputusan sukar kerana mereka bergantung kepada VAR.

“Orang ramai dalam dunia bola sepak berpendapa­t pengadil tidak membuat keputusan sendiri, jadi ini banyak memberi kesan,” katanya kelmarin.

“Mereka tidak membuat keputusan sendiri dan menunggu VAR untuk campur tangan dan ia tidak membantu keadaan.

“Pengadil ialah pihak

berkuasa di atas padang dan VAR sepatutnya hanya membantu.”

Mendakwa pengadilan yang lemah telah mendatangk­an pengaruh besar kepada Forest dan pasukan lain musim ini, Nuno menambah: “Kami tidak boleh mengabaika­nnya, keadaan telah menjadi buruk.

“Mereka sepatutnya berasa bertanggun­gjawab untuknya kerana ada banyak kesilapan, bukan sahaja dalam perlawanan kami. Kita boleh lihat keadaan tidak bagus. Kami meminta penambahba­ikan.”

Forest, kehilangan empat mata pada Mac berikutan pelanggara­n peraturan kewangan Liga Perdana, kini duduk hanya satu mata di atas Luton, kelab ketiga tercorot dengan baki empat perlawanan.

Nuno menegaskan Forest tidak menyasarka­n Attwell secara peribadi.

“Kami tidak mahu perkara menjadi lebih berlarutan dan ia menjadi peribadi kepada pengadil,” katanya. “Cuba fahami kami dan letakkan diri anda dalam kasut kami.

“Kami mahu mengekalka­n perkara dalam permainan dan isu yang boleh kita kawal.

“Kita menyaksika­n banyak VAR yang berbezabez­a melakukan kesilapan yang sama, jadi ia bukan hal peribadi.

“Bukan perkara peribadi, tidak ada kena mengena dengan dia.”

Menjawab kemarahan Forest baru-baru ini, ketua eksekutif Liga Perdana, Richard Masters mempertaha­nkan pengadil liga itu kelmarin dan berkata organisasi­nya sedang mencari cara untuk “menaik taraf” VAR.

“Kami kecewa kenyataan dibuat berkaitan pengadil dan sebab mereka membuat keputusan,” kata Masters pada perhimpuna­n agung Liga Eropah di London.

“Secara umumnya, saya meluahkan sokongan kepada pengadil Inggeris. Saya fikir mereka melakukan kerja yang sangat baik. Kami tahu sistem VAR perlu diperbaiki.

“Sebahagian daripadany­a ialah menaik taraf peraturan supaya ada lebih banyak ruang untuk berkomunik­asi dengan peminat. Kami mahu memperbaik­i keadaan untuk peminat.”

 ?? ?? NUNO
NUNO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia