Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia langkah kanan

Zii Jia mulakan rentak kemenangan selepas menewaskan pemain nombor 15 dunia, Lee

-

CHENGDU: Malaysia bermula cemerlang pada perlawanan pembukaan Kumpulan D Piala Thomas 2024 mereka, dengan menewaskan Hong Kong 5-0 di Pusat Sukan HighTech Zone, Chengdu di sini semalam.

Pemain profesiona­l lelaki negara, Lee Zii Jia memulakan rentak kemenangan selepas berjaya menewaskan pemain nombor 15 dunia Lee Cheuk Yiu, pada set pertama dengan mata 21-18.

Walaupun pada set kedua, Cheuk Yiu kelihatan lebih mengawal perlawanan dan membawa permainan terikat ke 15-15, namun pemain Malaysia berusia 26 tahun itu berjaya meneruskan rentak permainan baiknya dan menang 21-18, serta memberikan mata pertama kepada Malaysia.

Juara dunia beregu lelaki Aaron Chia-Soh Wooi Yik kemudianny­a memberikan mata kedua negara, selepas

dengan mudah mengalahka­n pasangan Law Cheuk HimYeung Shing Choi 21-16, 2112 dalam masa 27 minit.

Kemenangan Zii Jia dan Aaron-Wooi Yik itu memberikan semangat kepada

pemain perseorang­an kedua negara Leong Jun Hao (ke-37 dunia), untuk mengejutka­n pemain ke-27 dunia Angus Ng Ka Long pada pertemuan sulung mereka dalam perlawanan yang berlangsun­g 61

minit.

Walaupun beliau tewas set pertama 17-21, pemain berasal dari Kuala Lumpur itu melakukan kejutan pada dua set berikutnya dengan menang 21-12, 21-15, dan seterusnya memberikan mata kemenangan 3-0 buat Malaysia.

Kemenangan Malaysia itu diteruskan lagi dengan naib juara beregu lelaki Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2024, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani menjadikan kedudukan 4-0 selepas terpaksa bermandi peluh sebelum menewaskan pasangan Reginald Lee-Tang Chun Man, 21-19, 21-18.

Sementara Justin Hoh yang buat pertama kalinya mewakili negara di Piala Thomas, menjadikan­nya 5-0 selepas terselamat perlawanan tiga set menentang Chan Yin Chak, 21-17, 19-21 dan 21-17.

Juara lima kali Malaysia, akan layak ke suku akhir sekiranya dapat mengalahka­n Algeria pada pertemuan kedua sebelum menamatkan perlawanan dalam Kumpulan D mereka dengan berhadapan juara 2016, Denmark pada Selasa ini. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PERMULAAN CEMERLANG: Zii Jia (kanan) menewaskan Lee dalam saingan Kumpulan D Kejohanan Piala Thomas 2024 di Pusat Sukan Chengdu High-tech Zone.
— Gambar Bernama PERMULAAN CEMERLANG: Zii Jia (kanan) menewaskan Lee dalam saingan Kumpulan D Kejohanan Piala Thomas 2024 di Pusat Sukan Chengdu High-tech Zone.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia